Pages

Tuesday, December 28, 2010

sufi dah merangkak DAN duduk...

alhamdulillah...akhirnya sufi dah merangkak...dengan usia 6++, sufi bad masuk ke fasa baru. kalau tak silap ummi, ummi perasan sufi da boleh merangkak masa kenduri HAJAR hari tu..29 Dis 2010...sebenarnya ummi agak takut kalau sufi tak merangkak...sebab dia akan kehilangan satu step proses pembesaran dan dari yang ummi baca...ada satu artikel ni..

LONDON: Bayi yang masih gagal merangkak ketika memasuki usia sembilan bulan besar kemungkinan akan ketinggalan di sekolah dan terpaksa bertungkus lumus untuk bersaing, kajian mendedahkan.

Kajian itu mendapati ketidakupayaan untuk mencapai perkembangan seperti duduk tanpa disokong atau merangkak dikaitkan dengan masalah pembelajaran dan kelakuan.

hehe...risau kan?? ummi ada gak dengar dari teman-teman anak akan ada sindrom kencing malam. kencing malam??? heee risau nye...
tapi alhamdulillah la, setakat ni sufi tak ada tertinggal apa-apa step dan semoga dia tak ketinggalan apa-apa dalam hidupnya (yang baik-baik saja la...)

seminggu lepas tu, ummi tengok sufi dah boleh duduk. sebenarnya dah lama ummi tengok sufi nak duduk..nasib baik tak terus duduk. kalu terus duduk, lagi ummi tak keruan...dah boleh duduk, asyik jatuh tersemban aje...siap ummi kene pasang toto kat tempat kita orang tengok tv (tempat lepak). jadinya tak ade la sakit sangat bila sufi jatuh...huhu
dan sekarang sufi juga dah pakai walker...tu abang is yang punye...hehehe. nasib baik elok lagi...save budget ummi n abah.

satu lagi yang ummi tak boleh lupa bila duduk kat ofis....sufi suka lentok atas bahu ummi..wah macam manja je..sambil tersengih-sengih bila ummi agah..rindula bila duduk kat ofis..
abang is pulak dah macam terasa diri dia terasing...asyik duk layan sufi je...selalu sangat buat perangai, nak tarik perhatian ummi dengan abah..tapi akhirnya abang is yang kene marah. kesian abang is...ummi dengan abah sebenarnya cuba tak nak marah, tapi kadang-kadang abang is ter'over' dan tahap kesabaran ummi amat sikit..tu yang akhirnya abang is kena marah tu..SORI ABANG IS..

ok la ummi pun tak ada banyak story nak cerita. sekurang-kurangnya blog ummi tak ade la berhabuk sangat..hehe

selamat menghayati!!! 

saya dah boleh duduk...kat belakang tu walker saya pinjam..
dalam kereta...bg can sufi drive..
 

Saturday, December 18, 2010

Perkahwinan Adik Bongsu

tanggal 27 November 2010 (Sabtu)

...termeterai la ikatan kasih antara adik bongsu ummi dengan jejaka pilihan hatinye...
teman ketika masih belajar di universiti..alhamdulillah semoga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat. ummi and famili balik ke kampung hari khamis pagi..kononnya nak gerak pukul 4 pagi....hampeh, abah baru balik dari kursus "team building" pukul 11.00malam rabu tu.jadinya kami mengambil keputusan balik pagi khamis je la...tu pun berapa kali kena berhenti mengantuk punya pasal...hehe..kalau nak harapkan ummi berjaga, tak ade la...belum sampai kat gombak, dah tertidur...hehehe ini la rutin ummi kalau naik kereta dan balik kampung sejak kahwin lagi...*kesian abah...ummi memang tak boleh tahan mata laaa* ye la kebiasaannya, ummi akan kemas beg dari malam hingga ke waktu nak gerak balik(biasanya kalau balik kampung kat terengganu, ummi akan bergerak dalam pukul tiga hingga empat pagi)

kerana masalah kesihatan chek dan juga memandangkan kenduri ini kami sekeluarga yang akan masak sendiri serta pihak lelaki pula dari Kelantan*kononnya nak meringkaskan dan memudahkan masa diorang kami sepakat untuk membuat majlis akad nikah dan kenduri sekaligus* Amat memenatkan tapi berbaloi kerana penat tak lama. menu kenduri kali ni...biasa-biasa saje, nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, acar timun, acar nenas, nasi putih, sayur keladi( ummi dpt tahu, ada sorg teman kakak ni 'tercapai hajat' dapat makan sayur keladi....MENGIDAM...siap berterima kasih sbb dia dari melaka ~ kalau tak silap la~ balik terengganu just nak cari @ makan sayur ni, sekali dapat makan kat kenduri ni...alhamdulillah.)pukul 11.00pagi hari sabtu, kami sekeluarga (sebenarnya ada beberapa ahli keluarga kami yang tak dapat pergi kerana waktu tu bertindih dengan waktu ketibaan tetamu). dengan dua kali lafaz, sah la HAJAR dan MOHD JOHARI sebagai pasangan suami isteri...semoga mereka sabar dan bahagia melayari alam rumahtangga dan FASA BARU NI.

sepanjang majlis ni berlansung, susah benar nak ambil gambar abang is...main je kerjanye....yela sesekali boleh balik kampung dan jumpa dengan sepupu-sepupunya..nak main ajeh...abah pulak penat dan tak berapa sedap badan *hasil dari aktiviti lasak masa mengikuti kursus team building* apa-apa pun terima kasih abah, sebab sudi men'snap'kan gambar-gambar yang cantik untuk simpanan ummi..
ok la..ummi pun tak mau cerita panjang-panjang pasal majlis perkahwinan adik ummi ni...ummi just nak tempekkan beberapa keping gambar je...dan ummi sefamili balik ke putrajaya hari isnin...


buat su hajar and uncle joe...SELAMAT PENGANTIN BARU n sori sebab tak boleh ambil cuti lama sebab dah hujung tahun~cuti da habis....


sebelum ditepung tawarkan..
sejurus selepas majlis akad nikah
bergambar bersama bhak dan chek....
bersama keluarga besar ummi...ni belum masuk cucu2 yg lain dan ipar2
ummi, abang is n sufi....abah? cameraman laa.

ummi, abah n sufi bersama pengantin.....abang is da tertido dah....



Saturday, December 11, 2010

chek masuk hospital

2 Disember 2010 (KHAMIS)

on the way ke TESCO KAJANG...ummi saja call kat kampung. tujuan utamanya nak tanya pasal perjalanan pengantin perempuan esok ke kelantan. yelah, MAJLIS HANTAR MENANTU...
tapi khabar yang mendukacitakan yang ummi dapat...kakak yg menggangkat telefon bagitau..chek(mak) kat hospital. tengah tunggu result scan dr hospital...kes chek pun sebenarnya kes yang direfer dari klinik swasta ke HOPITAL NUR ZAHIRAH..risau lak ummi dengar.
tp kakak dah bgtau chek ok ye..macam yang ummi tengok masa balik dr kenduri kahwin hari tu. lega sikit bila dengar macam tu..tapi hati ni masih tak keruan..
rase x mau pegi tesco lagi dah..tapi memandangkan dah separuh jalan dah perjalanan kami, kami teruskan juge..nak dijadikan cerita juge, time abah nak keluarkan duit dari atm, kad abah boleh lak sangkut...setengah jam kami tunggu, baru la kad tu kuar...siap abah telefon maybank suruh sekat dia punya kad....tujuan nak beli barang dapur tak jadi, just beli susu tepung abang is je (abg is still minum susu lg). tak lama lepas tu, ummi dapat panggilan dari kakak yang teman chek pergi hospital bgtau...chek dah di warded...JANTUNG CHEK BENGKAK, ada sikit PARU-PARU BERAIR..dan sedikit semput akibat dari jantung yang bengkak.ummi dah nekad, ape nak jadi, jadi la..esok malam ummi nak balik kampung juga...walau pun kami sampai di putrajaya baru tiga hari..
esok pagi pergi kerja ummi dah semangat nak kerja..ingat nak balik kampung je..pas kerja..ummi kemas bag, kami terus gerak (tp dalam kul 10mlm jugak sebenarnya). sampai kat kampung dalam kul 6.00pg. tp kena tunggu kul 12 baru kami boleh tengok chek kat hospital. oh ye..yang hantar menantu adik tu pun tak ramai yang pergi...tp alhamdulillah, semua berjalan lancar..
tengahari tu..ummi dah anak beranak dan adik beradik pergi la tengok tok chek(panggilan cucu-cucunya)..tapi malangnya, budak-budak bawah 12 tahun tak boleh masuk...tp ummi berjaya "seludup juga sufi masuk ke dalam" cuma abang is je tak dapat naik sebab abang is pergi hospital dengan mak sedaranye...tak pe la tengahari ni abang is tak berjaya masuk, waktu melawat petang karang ummi cuba nak bawak abang is masuk pulak..ye la sia-sia je kami balik dari jauh tak boleh tengok tok chek..lagi pun mesti tok chek pun nak tengok cucunya...
pilu rasa hati bila tengok chek kat hospital..dengan mukanya yang agak pucat dan keadaan hospital yang kurang selesa *berbeza benar rasanya hospital yang ummi duduk ketika bersalin dulu...bersyukur la dengan segala nikmat* tapi ummi sedaya upaya tak nak tunjuk muka sedih..tak mahu chek sedih juga..sebenarnya ummi tak sempat sembang sangat dengan chek...yela, waktu melawat sejam semua adik beradik nak bersembang dengan chek..berbahagi-bahagi la kami adik beradik dan bhak (ayah) apa yang patut... chek sikit pucat, nampak kurang bermaya dan chek jugak kurang selera makan. cuma makan dua tiga sudu je..tak pe la asalkan chek makan juga..chek pun ada demam..boleh tahan tinggi...39.4c
habis waktu melawat tengahari tu ummi sempat ke pasar payang cari beberapa barang..pukul enam petang pulak ummi bergegas melawat chek lagi sekali petang tu..abang is berjaya masuk..ok la puas hati ummi...
chek ada bagitau ummi, chek tak boleh rasa sedih..kalu sedih, dada chek akan sakit mencucuk cucuk...YA ALLAH PULIHKANLAH KESIHATAN IBUKU...ummi sebak, tp ummi tahan..tak mo chek sedih lagi...
petang tu ummi balik dengan hati yang gundah gulana..hanya tuhan yang tahu.
keesokkan harinya (ahad) ummi melawat lagi sekali chek kat hopsital tengahari tu, sebelum  bertolak balik ke putrajaya semula..ikutkan hati ummi tak mahu balik, tapi makin lama duduk dekat chek..lagi sedih dan sebak rasenye..walaupun pada mata kasar chek sihat je..tapi hati seorang anak mengatasi segala-galanya..tahu chek mesti tengah tahan sakit..cuma chek tak tunjuk..ummi tahu chek seorang yang kuat dan tabah..seperti yang ummi kenal dan tahu selama ini...
ummi tak boleh duduk lama lagi...hati ni berat tak nak balik, tapi ummi dah tak leh tahan air mata..ummi tak nak nangis depan chek..ummi tak tahu la nak cakap macamana..KEJAM KE UMMI? akhirnya waktu melawat dah berakhir..ummi pun tinggal la chek bersama kakak yang akan menemani chek...maaf chek kak yah terpaksa balik...SEMOGA CHEK CEPAT-CEPAT SEMBUH DAN DAPAT KELUAR HOSPITAL CEPAT.
akhirnya ummi balik ke putrajaya dengan hati yang menangis....
harap semua yang ada emak, faham akan perasaan ummi ni...ummi rindu, sayang, kasih dan segala-galanya pada chek...

MAJLIS KONSERT ABANG IS

23 NOV 2010(Sabtu)

malam raptai...
setelah berbulan-bulan abang is n the geng berlatih, akhirnya sampai la hari yg ditunggu-tunggu seisi GENERASI EDUCARE serta ibubapa pelajar2nya...dan yg paling excited... ummi dan abah  MUHAMMAD HARITH ISKANDAR dan NURUL IMAN SUFIAH!!!
majlis ni dibuat sekali dgn majlis konvokesyen bagi pelajar yg berumur 6 tahun...grad la kata kan. dah berjaya menamatkan pelajaran dengan jayanya...huhu
hajat di hati nak keluar rumah awal...kononnya nak dapatkan tempat yang depan, sekali lambat jugak kami sampai.tapi nasib baik tempat disediakan kepada "pelajar cilik" ~ NURUL IMAN SUFIAH ~ jadinya dapat la ummi duduk baris kedua dari hadapan bersama seorang teman...not bad la..walaupun hajat sblm tu nak duduk depan sekali. memandangkan semalam masa raptai, ummi test duk baris kedua tak best. tu la sebab nya ummi kalau boleh nak duduk depan hari ni. tapi kesian abah, tempat hanya disediakan untuk seorang saje. nak tak nak abah kene duduk belakang.
mula-mula majlis pembukaan..para pelajar  memulakan dengan lagu NEGARAKU..lagu GENERASI PRE-SCHOOL dan seterusnya persembahan pakaian...speech oleh owner generasi dan timbalan JKM..
adelah beberapa persembahan dah student2 ni buat, tp ummi masih tak puas hati...ishh tak sabar nak tunggu abang is punya persembahan. hihi....

pertunjukan pakaian beragam

hehe...penantian suatu penyiksaan!! DAN AKHIRNYA...di persembahkan tarian BINTANG CILIK oleh kanak-kanak yg berusia  empat tahun...fuhhh...tiba2 rasa risau..risau persembahan tu rosak sebab anak ummi ni(kejam ummi kan~leh pulak fikir macam tu) sori abang is...sepanjang persembahan abang is, ummi x banyak cakap...menghayati sambil rase risau..tp hati kecil ni agak berbangga, tak sangka abang is boleh menari tanpa sebarang masalah dan yang paling penting, SAMBIL SENYUM...!! siapa sangkakan? budak yang agak ganas ni leh menari...siap gelek lagi..


sebelum ni just dengar anak teman ni pernah dapat EXCELLENT AWARD utk heronya...sekali tahun ni sufi pun dapat anugerah yang sama dan anak teman ni pun still dapat anugerah tu...ummi pun appreciate award tu..walaupun sebenarnya sufi tak tahu apa-apa pun..caya la bebudak dua orang nih...


lepas persembahan abang is, cikgu kelas abang is ada bagitau suruh tunggu dulu. sebab abang is ada terima satu lagi hadiah. tapi abah dan ummi memang tak tahu..cikgunya tak bagitau..nak suprise la katakan...
ok la..kami tunggu je la..
rupa-rupanya abang is dapat NO 3 EXAM AKHIR TAHUN...terkejut jugak kami..biar betul (sebabnya lepas exam, kami lansung tak tanya keputusan exam abang is..TAKUT. lagi pun cikgu pun tak ada cakap ape-ape..risau nak tanya yela kalau-kalau cikgu cakap result abang is teruk..ummi dengan abah berserah je..kalu ade rezeki, alhamdullilah...) dan alhamdullilah..rezeki abang is dapat no 3...ok la 4 bulan belajar sekolah tu, ade la hasilnya....SYUKRAN YA ALLAH..atas penghargaan yang KAU berikan..amin..dan terimakasih pada cikgu-cikgu yang mengajar abang is (walaupun sebenarnya cikgu-cikgu ni tak tahu pun kewujudan blog ni..huhu)

majlis konsert berakhir dalam pukul 6.30petang, dan kami sekeluarga  mengambil peluang ambil gambar sekuarga dihadapan dewan..hingga la kedengaran azan maghrib baru la kami pulang dalam yang amat penat tetapi berbaloi-baloi....nasib baik anak-anak ummi ni tak meragam sepanjang majlis ni berlansung...sufi pun baik je (ceh..leh pulak puji anak sendiri)..sayang anak-anak ummi...



Friday, November 19, 2010

BULAN NI BULAN O.T!!!

hehehe...O.T?
semangat untuk o.t dah lama..tp bulan ni betul2 nak direalisasikan...sebelum ni just buat sejam je sehari..tu pun untuk claim cuti. yelah ummi abang is dan sufi ni ketandusan cuti...masa-masa awal mengandung dulu, memang cuti habis sebab alahan..hehehe sebenarnya ALAHAN DAN JUGA ALAHAN MALAS...hahaha. tapi sekarang, o.t akan di claim kepada WANG...
sian abang is dan sufi kena balik dengan abah je...SORI MR HUBBY...abah akan CUBA ambil anak-anak sebelum jam 6.30petang. yelah kalau abah ambil lambat..akan di kira o.t. RM3 sejam...kalu dah anak dua, confirm la diganda dua..jadinya RM6 sejam...huhu bulan lepas je RM185  *pokai ummi n abah...huhu" utk o.t budakberdua ni...
pasal makan kami anak beranak kami ni, abah akan masakkan nasi dulu *calon2 suami mithali nih...* pas tu ummi balik dan masakkan lauk.. kalu mak dan abah bebudak ni malas, nasi order kat kedai la jawabnye....huhu
oh ye buat aktiviti berniaga nasi dagang masa ni terpaksa dihentikan seketika...ni semua gara-gara demam denggi hari tu..maybe next month sambung semula...

tp setakat ni alhamdulillah berjalan lancar..cuma ummi x boleh buat byk jam sgt. sbb dah la kene denggi, abah pergi kursus....dan ade sebab-sebab lain. tp ok la...ummi berpuashati.


Thursday, November 11, 2010

puding caramel..

 puding...oh puding caramel..
hehe..sekarang ni tengah menggiler buat caramel. dalam 2 minggu ni dah 10 biji puding dah dibuat. nasib baik la  ada orang yang suka makan dan sudi memberi komen...mr hubby sebenarnya memang hantu puding nih. macam-macam resepi dah di cuba, pantang dengar orang tambah ape, kurangkan ape...semuanya dicuba...huhu. tp tetap x cantek jugak. x pe..ummi iskandar n sufi ni belum patah semangat lagi...rasenya dua minggu ni, berkilo-kilo dah berat badan mr hubby n ummi naik. mahunya tak, asyik makan telur dan susu cair je...tu tak termasuk gula lagi...kalau test kandungan gula dalam darah...confirm FAIL...
sian anak-anak ummi...kejap kene tinggal sementara ummi mengadap puding caramel dan nasi dagang..alang-alang dah sebut nasi dagang ni, nk citer jugak la pasal nasi dagang..alhamdulillah..nasi dagang yang ummi hantar kat ofis mr hubby, jualannya gak memberangsangkan. ummi harap biar la berpanjangan biarla ummi buat sekadar melepas batu di tangga *kalu cerita kat mak kat kg, mesti dia cakap buat penat je masak byk tu...* x pe la slow-slow...teman-teman doa-doakanlah ye....
 ok ni ummi ada serta kan gambar puding caramel yang dah ummi buat..

DENGGI...........

3HB NOVEMBER 2010(rabu)
tak sangka...kene denggi
ni semua bermula hari rabu malam..sebelum tu mr hubby yang demam. malam tu pulak, ummi tido dulu lepas maghrib..bangun dalam pukul 8, ummi dah bersiap-siap nak masak mee goreng. tapi tak tahu la badan ni asyik rase sejuk je..mr hubby yang demam, kite lak mengada-ngada nak bermanja.
tapi sampai satu tahap, memang tak tertahan lagi....akhirnya "bang..nak selimut....nak toto..x tahan sejuknye.." alih-alih..bile mr hubby pegang dahi..sahih, dah demam...
malam tu tido sorang-sorang..takut anak-anak berjangkit..dan malam tu jgk..sufi minum susu formula..SORI SAYANG, UMMI x larat nak menyusu dan ummi takut sufi demam..akhirnya malam tu ummi tido dengan selimut dan juga bertoto..SEJUK yang amat..
esoknya..macam biasa hantar anak-anak kat taska n tadika..terus g klinik kesihatan presint 9. memang ummi tak larat sangat, jalan pun rasa nak tumbang. dengan muke kesian jugak...ummi mintak MC untuk dua hari..memang dah x larat sangat. pegawai perubatan tu pulak, agaknya keian sgt tengok ummi, terus je bagi MC dua hari..abah pun mintak MC, tp dapat sehari je..abah sebab tonsil dia lum baik..
ok la tu..TERIMA KASIH PEGAWAI PERUBATAN yang berkenaan..
k...nak pendekkan citer je la...hari jumaat tu kul 4.30petang, abah bawak ummi g kat kecemasan..sbb dah tak tahan sangat.. akhirnya doktor check...39.8oc..fuh..leh tahan tinggi. tp hari tu ummi just ambil ubat je..dan test darah..plalet mase tu 115.doktor tu cakap kite tak boleh warded..sebab ni kes separa kritikal...kita tunggu plalet sampai 50. oh ye sebelum tu, ummi dah pegi dah pergi klinik jameaton kat seri kembangan. sabtu kul 5pg...ummi pergi lagi kat kecemasan hospital putrajaya..kali ni suhu pun lebih kurang tu...ummi kene masuk air 2 botol...sebab ummi dah tak boleh makan dan minum sangat. semua yang masuk kat tekak ni semua rase pahit...nak menelan pun dah tak boleh...betul2 azab masa tu..plalet mase tu 97...doktor check lg sekali..dah turun lagi..91..hhuhuhu
akhirnya hari ahad ummi dah tak larat nak pergi kecemasan..abah dah marah-marah sebb ummi tak mau pegi...akhirnya, hari isnin..pagi-pagi lepas hantar hero dan heroin pegi taska. ummi pegi la klinik kesihatan presint 9.. akhirnya plalet ummi dah merundum...39 je..huhu..dan akhirnya ummi CONFIRM di warded...*sebenarnya..ummi mmg berharap untuk di wadkan..sbb ummi mmg dah tak larat makan, minum, berjalan dan segala-galanye...dan ummi rase ni la cara terbaik untuk ummi cover semula*
HEHE..hari ni dalam sejarah jugak...ummi pergi hospital naik AMBULANCE!!!hahaha...macam kelakar.
empat hari juga la ummi berumah kat hospital....semua air yang ummi minum dan juga ummi keluar semuanya disukat dan dicatat..dah la kene tolak alat *tak tahu ape nama alat tu* ke mane aje kene pergi..malas betul.. sampaikan nak ke bilik air pun malas..hwaa...hwaa
dan sepanjang ummi kat hospital pun my baby semua tak pergi sekolah n taska..TOK MA DAN TOK WAN yang tolong jaga diorang..terima kasih both of you...
abang is pun kene test darah..sbb abang is pun demam dah bbrp hari..cuma tak tinggi..lawak pun ada bila dengar abah cerita perihal abang is..dia tak bagi doktor tu nak ambil darah...tp dia tetap hulur tangan. lepas je doktor tu ambil darah....bercebik-cebik menangis, mengadu kat adik die... "sian abang is...doktor ambil darah abang is...sian abang iskan?..." abah dia tergelak je dengar..ummi yang x ade kat tempat kejadian pun dengar citer ni nak tergelak...
sehari sebelum DEEPAVALI..ummi dah leh keluar wad dengan plalet ummi mase tu 45... tp badan ummi masih lemah...tahu makan dan tido je..huhu
MORAL NYE...jaga la persekitaran rumah anda..pastikan tiada nyamuk yang membiak...*walaupun sbnrnye kat rumah, payah nak jumpa nyamuk*


Monday, October 25, 2010

RENDAH DIRI @ TERLAMPAU SENSITIF??

kekadang terasa diri ini tak dihargai...kenapa? terlalu slow sangat ke aku ni? lembab sangat ke aku? teruk sangat ke aku? entahlah....tapi hati ni selalu merasa macam tu....
kadang-kadang terasa, apa yang telah kite buat tak dihargai lansung...kadang-kadang terasa, kalau aku tak ada pun..orang tak kisah....BENCI!!!! TAK SUKA!!! buah-buah fikiran yang macam ni la yang menyebabkan aku betul-betul DOWN...selalu dibanding-bandingkan...di regu-regukan....PENAT LA...
wahai hati kecilku..."tenangkan dirimu..cekalkanlah peribadimu..jangan biarkan dirimu dimain-mainkan dan tabah lah dirimu" 
kenapa boleh terfikir benda-benda yang macamana tu? kerna aku seorang yang TERLALU sensitif ke? hwa hwa...tak tahu...syahdu bila fikir benda-benda tu...tak mahu fikir!!!!

"ya ALLAH...berilah hambamu ini kekuatan mengharungi hari-hari mendatang..bagi membahagiakan hidup suamiku, anak-anakku dan diriku sendiri...amin ya rabbal alamin.."

Friday, October 15, 2010

hukum meleteri SUAMI....

"Abang ni balik je kerja, taknak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikit pun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang di minta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengena ihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya. Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberatmana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar,  kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik  daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata;  mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAH

UNTUK MR HUBBY..AMPUN DAN MAAF DINDA MOHON DR HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI, UMMI TAHU..UMMI DAH TERLALU BANYAK MENDUKACITAKAN ABANG... INSYAALLAH UMMI AKAN SENTIASA BERINGAT BILA RASA MARAH..*ummi hanya insan yg lemah dan kerdil....maafkanlah ummi...*

Thursday, October 14, 2010

tak ade MOOD..

apasal bangun je tido terus rasa malas nak g keje nih?? hari ni just 4 fail je siap..sori ye PN BOSS.. tak boleh buat kerja...jiwa kacau. 
bangun tido tadi cuba la pam susu..tapi just dapat 2oz je..lagi tak ade mood...banyak nye nak kene fikir. macamana nak misi nak berjaya ni? sebulan lebih lagi nie..huh..tension la bila di pikir-pikir..tak mahu pikir, kene pikir jugak. tengahari tadi pam pun just dapat 4oz. nak kene pikir anak, susu, nak bantu suami menaiktaraf ekonomi, pikir rumah tangga lagi...kadang-kadang penat nak pikir..tapi sebagai manusia yang normal, semua ni adalah lumrah..nak tak nak kene ambil hal.
INSYAALLAH...suatu hari Allah akan mempermudahkan segala urusan ku dan mr hubby. esok susu sufi ada 3botol je..uhuk..macamana??? pada hal sufi minum susu 3 hingga 4 botol sehari...tu la esok ingat tengahari nak pergi ke taska sufi nak bagi susu direct...TERPAKSALA...ummi belum sedia lagi nak bagi FM sebenarnya....
semalam abang is exam...balik kerja semalam bila tanya.."abang is boleh buat.."ummi tanyala cikgu suruh tulis apa? "BISMILLAH la ummi.."hah? macamana agaknya abang is buat...
huhu tengok la kalau sempat, balik karang nak tanya cikgu macamana prestasi dia...

Wednesday, October 13, 2010

exam...??

12HB Oktober 2010(selasa)
mesti orang yang baca blog ni tertanya-tanya sejak bila ummi abang is n sufi nie sambung belajar..hehe bukan umminye yang exam tapi ABANG IS...macam tak percaya, budak 4 tahun dah exam. dalam memo dari tadika siap pesan suruh "sila buat persediaan untuk anak-anak anda" PERSEDIAAN? macamana? apa nak sediakan? nak ajar ape kat abang is ni? ummi yang agak blur-blur ni *yelah 1st time anak terlibat dengan exam* ummi tanyala kat cikgu dia.."nak prepare ape ni?" "nak suh bace ape?" "soalan dia macamana nanti?". "agak-agak dia boleh buat ke?" aiyaa..cikgunye pun pening tgk ummi abang is ni...sambil senyum, cikgunya cakap.."x payah kak, biasa-biasa je..tak payah risau...soalan-soalan biasa je" hehe..KESIAN UMMI.
k..nanti ummi cerita lak ape yang telah abang is jawab masa exam...ummi dah pesan kat abang is.."esok periksa kan? abang is kene buat kerja yang cikgu bagi tau..buat sampai habis, kalu cikgu suruh colour..colour betul-betul..jangan sampai terkeluar...jangan koyakkan kertas *pernah ada rekod kertas kerja dia koyak..cikgu dia pun x tau macamana kertas tu boleh koyak* pelik betul..kalu abang is nak hadiah..abang is kene buat betul-betul..nanti cikgu bagi bintang banyak.."abang is pun ye ye mengiakan.."ok abang is wat betul-betul"
GOOD LUCK FOR MY BOY...

Monday, October 11, 2010

ADA BERANI KE??

11HB Oktober 2010(Isnin)
Semalam 10.10.10, banyak orang cuba menyelitkan pelbagai perkara dan agenda bg meng'istimewa'kan tarikh tersebut..ummi dan keluarga just keluar ke PASAR BORONG SELANGOR. tu pun sekadar mencari beberapa barang basah untuk memulakan perniagaan...HAH tu la tajuknye..ADA BERANI KE??hehe
sebelum bercerita tentang bisnes yang akan di jalankan..meh nak cerita tentang kejadian yg telah menyebabkan ke"macho"an abang is tercalar...ade ke patut sedang asyik ummi duk mencari ikan-ikan yang segar yang berpatutan harganya..abang is berlari-lari lak kat tempat macam tu. dahla semua ikan, sotong, ketam udang dia nak pegang..fuhh pening kepala ummi dan abah. tp tak pe la..perkembangan YG SIHAT..ye ke? tup tup tengah-tengah dia berlari, ada la sorang brother tu tegur.."licin tu..." ummi pun ape lagi terus terjerit.."LICIN......!!!!!" pusing je belakang..hah sekali gedebush..........*tul ke ejaan?* ....hah dah selamat pun abang is kat lantai.
dah la hanyir..busuk...adoi la...ummi x cakap pepe..abahnye ade sikit membebel. geram ade, nak marah ada..kelakar pun ade. Tu ummi punya feeling, abang is punya feeling x tau la macamana..muka abang is dah merah padam, ada riak nak nangis *tapi dah ada perasaaan malu nak nangis depan org-dah besar la katanye* segala mimik muka ada..aduhai kesiannya anak ummi..tula sape suruh tak dengar cakap abah n ummi..dan FINALLY terpaksa la abah n ummi beli baju sepasang utk abang is..nasib baik ada orang niaga baju kat situ..
ok nak cerita ada berani ke pulak..sebenarnya tujuan kami sefamili ke pasar borong selangor tu sebenarnya nak beli ikan TONGKOL..untuk ape? hehe..sebenarnya ummi nak try jual nasi dagang..haha..macam tak percayakan??(sebenarnya bukan meniaga sendiri pun..just hantar kat kedai orang) baru cube sekali terus nak cuba berniaga..entah la..sekarang ini perasaan membuak-buak nak meniaga. nak menolong mr hubby menaiktarafkan ekonomi kami sekeluarga..ok gambar akan di upload kemudian..hehe.
kul 3pagi ummi dah bangun..yela 1st time nak niaga..SEMANGAT tu penting!! hahaha sebenarnya sebelum2 ni ummi pernah dah berniaga. masa belum pregnant abang is dulu pernah jaul karipap, cekodok pisang, donut. lepas tu dah dapat abang is, try meniaga laksam. tp terpaksa dihentikan sebab2 tertentu..sekarang ni ummi nak cuba berniaga nasi dagang pulak..dan ummi rasa nasi dagang ummi dah makin elok dari percubaan pertama hari tu..TAHNIAH UMMI..


k..nantikan cerita-cerita ummi pulak lepas ni..

Saturday, October 9, 2010

SUFI MENIARAP...ABANG IS PEMALU???

8HB September 2010(JUMAAT)

semalam (7hb-Khamis) lepas balik kerja..ummi pun letak la sufi kat katil..keluar g dapur jap, masuk semula ke bilik..tengok macam sufi nak pusing kan badan. ingat kan macam biasa la. ye la sebelum ni sufi just pusing se[aruh badan je. macam nak menyusu..menyusu sambil baring...ummi duk perhati je..alih alih ummi tengok sufi meniarap. hanya dengan sekali lonjakkan bdan je..RINGAN je macam..huhu
hebat la anak ummi ni..walaupun ramai dah anak rakan-rakan ummi yang seangkatan dengan sufi dah meniarap..tp bg ummi anak ummi ni tak la terlewat..4BULAN...ok je..
walaupun sufi masih x pandai nak alih tangan nye ke depan..insyaAllah..ummi percaya anak ummi boleh buat dalam beberapa hari je lagi. sufi mesti TEKAD macam abang is tau..abang is dulu kalu nak dapat apa-apa..dapat berdiri, nak dapat kaki ke (berjalan), nak berpisah dgn puting, nak stop pakai pampers...sekali je dia boleh buat...mesti dia tekad terus buat...macam sekarang cikgu abang is cakap kat sekolah dia x mau minum susu..sebab malu kat kawan-kawan. jadinya hanya kat rumah je abang is minum susu. HOPE ABANG IS KENTAL SAMPAI BILA2 TAU.. 
UMMI SAYANG BOTH OF YOU TAU!!!!

balik dari kerja tadi (jumaat) pergi ambil putera n puteriku..saje bersembang dengan Cikgu Abang is. saja nak tanya perkembangan abang is..Alhamdulillah.. kata cikgunya, dari segi pelajaran abang is ok dan cepat juga catchup..doa2 dia dah hafal, abjad dia dah kenal dan sekarang ni cikgu tengah mengajar membaca dua suku kata..setakat yang ummi tau..kalu kat umah mmg abang is selalu menghafal doa2 dan surah2 pendek...*walaupun kadang2 tu dalam washroom*. okla x la takut sangat ummi dengar..tapi yang merisaukan ummi, abang is PEMALU...macamana ni abang is? brutal tapi pemalu...cikgu abang is cakap, kalu tengah nyanyi atau baca doa..kalau suruh je dia baca kuat sikit, terus dia diam sampai kesudah..huhu. seminggu sebelum tu 30hb Sept 2010 tadika dia ada buat lawatan ke AQUARIA KLCC and PAMERAN MAMALIA DI PRESINT 15 *padahal sejengkal je dari rumah,tp ummi dan abah tak pernah bawak pun*..bergabung la dengan tadika presint 9, tp cikgu dia cakap..setiap kali cikgu ajak bergambar dengan student tadika sana, mesti dia x nak join.MALU..
jadinya kat dalam kereta, ummi dan abah puaslah memberi nasihat dan tazkirah buat my hensem boy ni...
dia siap cakap.."mana ada abang is malu" yela abang is..ummi dgn abah tanya la jugak..kenapa abang is x nak tangkap gambar dengan kawan-kawan baru..dia cakap "abang is dah tangkap banyak gambar...penat" huhu boleh pulak macam tu..
nanti ummi nak cuba mintak softcopy gambar lawatan diorang..x sabar ummi nak tengok keletah diorang..oh ya kalau x silap..student yang pergi tu umur antara 3 - 5 tahun..macamana agaknya cikgu mengawal budak-budak nikan?
tak pe la..ummi dan abah akan slow-slow cakap dengan abang is supaya x jadi PEMALU lagi...
TAWAKAL...........
abang is je yg x de baju uniform...nak buat macamana..masuk taska dah hujung2 tahun
dengan CIKGU NURUL
yeahh....
suke bila abang is bergaya..
KFC? mcmn la agaknya abang is makan tanpa ummi n abah kat sane..
dapat goodies..seronok, tp isinya cermin (sesuai utk budak pompuan)
cam same besar dengan cikgu je..hehe
kene pegang, mesti nakal anak ummi ni..
abang is memang suke bergaya..

Friday, October 8, 2010

KUNJUNGAN HARI RAYA DARI OFFICEMATE MR HUBBY

23HB September 2010 (khamis)
hari ni kunjungan  hari raya dari teman-teman ofis mr hubby. Pada mulanya agak gelabah sebab diaorg nk datang hari RABU. Petang rabu bagitau..malam nak datang, mahu tak menggelabah TUAN RUMAH..Nasib baik tak jadi..jadinye sempat la kami mencari barang untuk memasak untuk esok. selepas puas fikir..akhirnya kami membuat keputusan untuk menjamu mereka dengan menu

 a) laksa bersama kuah puteh (versi Terengganu)
b) nasi himpit bersama kuah kacang

walaupun menu tu LEBIH KURANG..tp disebbkan masak seorg diri sambil dibantu mr.hubby...masakkan itu agak mengerikan..tp alhamdullilah saye berjaya siapkan juga..
pagi tu saya terjaya kul 3 PAGI..terus je masak kuah kacang, kacangnye saye dah siap2 goreng pada malam itu. jadinya keje tak la banyak sangat pagi tu. dah tu saya potong la daun daun untuk dijadikan ulam. masak nasi himpit..
akhirnya jam 6pagi..siapla semua kerja-kerja memasak..dengan bantuan mr hubby yg tolong iron kan baju pagi tu...HUHU 
terima kasih mr hubby..!!

 dan inilah hasilnya

selamat menjamu selera

NASI DAGANG O NASI DAGANG

26HB September 2010 (AHAD)

dah lama benor rasenya nak buat nasi dagang...lambang makanan NEGERI TERENGGANU..ceh ceh.. kepok lekor, nk letak mana? hahaha
akhirnya niat di hati tercapai jugak akhirnya. walaupun berulang kali terpaksa menelefon ke kampung untuk bertanya resepi nasi dagang dan gulai ikan tongkol..
suke sangat sebb berjaya memasak nasi dagang dan kuah gulai ikan tongkol..rasenya dah lengkap dan sempurna sebagai anak jati terengganu..hahaha..ye ke?
meh nak citer rentetan-rentetan bagaimana leh siapkan nasi dagang tu..
malam tu ingat nak la rendam beras sebelum tido...tapi bila si kecil tu merenggek nkkan susu..sambil bg susu saye pun tertido..nasib baikla saya terjaga dengan sendirinya jam 3pagi..agaknya sebab memang teringin bebenor nak buat nasi dagang..jdnye secara automatik leh pulak terjaga..huhu

ikan tongkol dah siap dicuci semalam lg, jadinya pg ni just kukus sahaja..dalam kul 7pagi, mr hubby tolong belikan santan...secara keseluruhan  sesi memasak pun bermula jam 8.30pg. dalam kul 10 pagi, siapla masakkan saya..huh agak cepat jugak...haha


kali ni kami breakfast bersama pojie, pijot, pejoi n jue..HAHA..sebab banyak jugak nasi yg saya masak. sekaligus menjadi hakim penilai...
anyway tq to mr hubby sebb sanggup melayan kerenah saya utk mencari bahan-bahan untuk memasak..walaupun nasinya x secantik dan sesedap yang BONDA masak kat kampung, saya tetap BERPUASHATI...

 Nasi Dagang
 
Gulai Ikan Tongkol

Acar Timun

Complete set..

 
sedia utk dimakan

Thursday, October 7, 2010

GENG OFIS DATANG BERAYA

30HB Oktober 2010 (KHAMIS)

Hari ni geng2 ofis nak datang beraya. erm nak masak ape? hehe..akhirnya nasi minyak, acar timun, ayam masak merah and daging masak kurma (versi terengganu)..huhu
malam tu kami sekeluarga keluar dr rumah lepas maghrib pergi ke ECONSAVE alam damai, cheras..tempat feberetku huhu.. walaupun pasaraya tu kecik dan tak eksklusif..tapi tetap menjadI PUJAAN HATIKU..barang2 segarnya bagi ku 1st class..ceh.
kul 3pg dah bangun...masak kan daging kurma, takut x sempat empuk...kul 6 dah settle. pagi tu pergi kerja agak mengantuk..hehe sib baik dapat boss yang sporting..kul 2petang, ummi abang is dan sufi ni dah cabut...HAHAHA
ingatkan nak la masak mee goreng 1 kuali, tp rasenye terlalu mengantuk dan sakit pinggang...sori la kekawan, x dapat nak masak lebih.. jdnya menu nya hanya nasi minyak dah lauk pauknya. bersama cocktail n biskut raya n air sunquick..
 semoga teman-teman berpuas hati atas masakan dan layanan tuan rumah..kalu ada yang tersilap, terkurang..saya minta maaf...

nasi minyak
 menu hari ini..

 antara teman2 yg datang

 tuan rumah dan kengkawan

 budak-budak bujang

 sweet couple..n husband ofismate
 tuan rumah dgn teman2 lagi..

Wednesday, October 6, 2010

HAMPEH....

7HB Oktober 2010(Khamis)

Aduhai...x leh buka blog la kat ofis. agaknya sebab nama blog ni kot. Ye la HariHariCinta..agaknya semua perkataan CINTA, KASIH, BREASTfeed..semuanya diblock agaknya..tension la...

nak berkarya kat ofis pun x dapat..yela mana tau tetiba idea datang time tu..kat umah dah confirm kena konker dgn abang is..asyik nak tgk YOU TUBE ultraman je. Cosmos la, Gaia la tah apa-apa lagi la..sabo je la terbatas betul..x pe la yang penting..InsyaAllah saya akan sentiasa meng'update blog saya ni...
nk citer sikit la ..sebenarnya dah 3hr abang is bangun tido dan x buat perangai. alih-alih hari ni leh pulak dia wat perangai. ingat kan minggu ni rekod bersih..HAMPEH jugak....
dah bangun..nak minum susu, dah bg susu, nak busuk pulak..(busuk = buang air besar) dah siap busuk, nak makan pulak...dah siap makan, baru la nak mandi..ADUYAI...

AKHIRNYA...lambatla ummi dan abah masuk ofis..TENSION!!!!

tawakal la...sabo............. macamana la agaknya mak kat kampung nk besarkan kami 10 beradik ni. mesti macam2 kerenah..TABIK LA TOK CHEK..

Monday, October 4, 2010

seBULAN ++ lagi!!!

2 minggu lagi genap SUFI lima bulan...leganya hati bila niat untuk memberi susu secara ekslusif pada sufi berjaya..kini aku dah berjaya memberi susu badan selam 4bln++. untuk stage pertama ni, saya hanya mentargetkan untuk memberi susu badan sepenuhnya selama 6bln sahaja..bukan x nak lama lagi..cuma takut keCIwa..jadinya hanya menyasarkan 6bln DAHULU..azam saya, lepas complete 6bln, barula saya mentargetkan pula selama setahun...ni saya x tau lau la berjaya atau tidak..sbb kalu diikutkan sekarang pengeluaran susu agak menurun..TENSION dan TUNTUTAN KERJA yg melampau agaknya di ofis..

teringat masa zaman2 menyusukan abang is..dulu BREASTFEEDING x la terlalu di promosikan sangat. tambahan pula saya hanya bekerja dgn beberapa staff di ofis. *diaorg pun x fully BF* jadinya saya pun x la heran sangat. pengetahuan tentang BF agak terbatas, menyebabkan abang is hanya menyusu badan selama beberapa bulan sahaja. tu pun saya dah campur dgn FM(formula milk). SORI SANGAT ABANG IS!!  ummi x tau sgt pasal BF ni masa tu..kesian kat abang is kan?? kalu abang is dah tau baca n masuk blog ummi.. ummi MINTAK MAAF sebab x bagi full BF kat abang is..kalau la masa boleh di pusing semula, ummi mesti pun berazam nak BF je kat abang is...

terima kasih juga pada teman yang telah menyedarkan saya tentang kebaikkan susu ibu ni...nasib baik saya sempat kenal sebelum saya selamat melahirkan sufi...THANKS PUAN YAFIZAH.. N MR HUBBY yg menyokong niat saya ni

walaupun belanja untuk menjayakan azam saya ni agak banyak..saya cuba.."apakan daya gaji saya dan mr hubby sebenarnya cukup2 makan sahaja" YA ALLAH..TAMBAHKANLAH REZEKI DAN NIKMATMU KEPADA KAMI SEKELUARGA

caiyok caiyok...semoga azam saya berjaya dalam masa sebulan lebih ini...
INSYALLAH.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...