Pages

Saturday, December 18, 2010

Perkahwinan Adik Bongsu

tanggal 27 November 2010 (Sabtu)

...termeterai la ikatan kasih antara adik bongsu ummi dengan jejaka pilihan hatinye...
teman ketika masih belajar di universiti..alhamdulillah semoga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat. ummi and famili balik ke kampung hari khamis pagi..kononnya nak gerak pukul 4 pagi....hampeh, abah baru balik dari kursus "team building" pukul 11.00malam rabu tu.jadinya kami mengambil keputusan balik pagi khamis je la...tu pun berapa kali kena berhenti mengantuk punya pasal...hehe..kalau nak harapkan ummi berjaga, tak ade la...belum sampai kat gombak, dah tertidur...hehehe ini la rutin ummi kalau naik kereta dan balik kampung sejak kahwin lagi...*kesian abah...ummi memang tak boleh tahan mata laaa* ye la kebiasaannya, ummi akan kemas beg dari malam hingga ke waktu nak gerak balik(biasanya kalau balik kampung kat terengganu, ummi akan bergerak dalam pukul tiga hingga empat pagi)

kerana masalah kesihatan chek dan juga memandangkan kenduri ini kami sekeluarga yang akan masak sendiri serta pihak lelaki pula dari Kelantan*kononnya nak meringkaskan dan memudahkan masa diorang kami sepakat untuk membuat majlis akad nikah dan kenduri sekaligus* Amat memenatkan tapi berbaloi kerana penat tak lama. menu kenduri kali ni...biasa-biasa saje, nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, acar timun, acar nenas, nasi putih, sayur keladi( ummi dpt tahu, ada sorg teman kakak ni 'tercapai hajat' dapat makan sayur keladi....MENGIDAM...siap berterima kasih sbb dia dari melaka ~ kalau tak silap la~ balik terengganu just nak cari @ makan sayur ni, sekali dapat makan kat kenduri ni...alhamdulillah.)pukul 11.00pagi hari sabtu, kami sekeluarga (sebenarnya ada beberapa ahli keluarga kami yang tak dapat pergi kerana waktu tu bertindih dengan waktu ketibaan tetamu). dengan dua kali lafaz, sah la HAJAR dan MOHD JOHARI sebagai pasangan suami isteri...semoga mereka sabar dan bahagia melayari alam rumahtangga dan FASA BARU NI.

sepanjang majlis ni berlansung, susah benar nak ambil gambar abang is...main je kerjanye....yela sesekali boleh balik kampung dan jumpa dengan sepupu-sepupunya..nak main ajeh...abah pulak penat dan tak berapa sedap badan *hasil dari aktiviti lasak masa mengikuti kursus team building* apa-apa pun terima kasih abah, sebab sudi men'snap'kan gambar-gambar yang cantik untuk simpanan ummi..
ok la..ummi pun tak mau cerita panjang-panjang pasal majlis perkahwinan adik ummi ni...ummi just nak tempekkan beberapa keping gambar je...dan ummi sefamili balik ke putrajaya hari isnin...


buat su hajar and uncle joe...SELAMAT PENGANTIN BARU n sori sebab tak boleh ambil cuti lama sebab dah hujung tahun~cuti da habis....


sebelum ditepung tawarkan..
sejurus selepas majlis akad nikah
bergambar bersama bhak dan chek....
bersama keluarga besar ummi...ni belum masuk cucu2 yg lain dan ipar2
ummi, abang is n sufi....abah? cameraman laa.

ummi, abah n sufi bersama pengantin.....abang is da tertido dah....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...