2 Disember 2010 (KHAMIS)
on the way ke TESCO KAJANG...ummi saja call kat kampung. tujuan utamanya nak tanya pasal perjalanan pengantin perempuan esok ke kelantan. yelah, MAJLIS HANTAR MENANTU...
tapi khabar yang mendukacitakan yang ummi dapat...kakak yg menggangkat telefon bagitau..chek(mak) kat hospital. tengah tunggu result scan dr hospital...kes chek pun sebenarnya kes yang direfer dari klinik swasta ke HOPITAL NUR ZAHIRAH..risau lak ummi dengar.
tp kakak dah bgtau chek ok ye..macam yang ummi tengok masa balik dr kenduri kahwin hari tu. lega sikit bila dengar macam tu..tapi hati ni masih tak keruan..
rase x mau pegi tesco lagi dah..tapi memandangkan dah separuh jalan dah perjalanan kami, kami teruskan juge..nak dijadikan cerita juge, time abah nak keluarkan duit dari atm, kad abah boleh lak sangkut...setengah jam kami tunggu, baru la kad tu kuar...siap abah telefon maybank suruh sekat dia punya kad....tujuan nak beli barang dapur tak jadi, just beli susu tepung abang is je (abg is still minum susu lg). tak lama lepas tu, ummi dapat panggilan dari kakak yang teman chek pergi hospital bgtau...chek dah di warded...JANTUNG CHEK BENGKAK, ada sikit PARU-PARU BERAIR..dan sedikit semput akibat dari jantung yang bengkak.ummi dah nekad, ape nak jadi, jadi la..esok malam ummi nak balik kampung juga...walau pun kami sampai di putrajaya baru tiga hari..
esok pagi pergi kerja ummi dah semangat nak kerja..ingat nak balik kampung je..pas kerja..ummi kemas bag, kami terus gerak (tp dalam kul 10mlm jugak sebenarnya). sampai kat kampung dalam kul 6.00pg. tp kena tunggu kul 12 baru kami boleh tengok chek kat hospital. oh ye..yang hantar menantu adik tu pun tak ramai yang pergi...tp alhamdulillah, semua berjalan lancar..
tengahari tu..ummi dah anak beranak dan adik beradik pergi la tengok tok chek(panggilan cucu-cucunya)..tapi malangnya, budak-budak bawah 12 tahun tak boleh masuk...tp ummi berjaya "seludup juga sufi masuk ke dalam" cuma abang is je tak dapat naik sebab abang is pergi hospital dengan mak sedaranye...tak pe la tengahari ni abang is tak berjaya masuk, waktu melawat petang karang ummi cuba nak bawak abang is masuk pulak..ye la sia-sia je kami balik dari jauh tak boleh tengok tok chek..lagi pun mesti tok chek pun nak tengok cucunya...
pilu rasa hati bila tengok chek kat hospital..dengan mukanya yang agak pucat dan keadaan hospital yang kurang selesa *berbeza benar rasanya hospital yang ummi duduk ketika bersalin dulu...bersyukur la dengan segala nikmat* tapi ummi sedaya upaya tak nak tunjuk muka sedih..tak mahu chek sedih juga..sebenarnya ummi tak sempat sembang sangat dengan chek...yela, waktu melawat sejam semua adik beradik nak bersembang dengan chek..berbahagi-bahagi la kami adik beradik dan bhak (ayah) apa yang patut... chek sikit pucat, nampak kurang bermaya dan chek jugak kurang selera makan. cuma makan dua tiga sudu je..tak pe la asalkan chek makan juga..chek pun ada demam..boleh tahan tinggi...39.4c
habis waktu melawat tengahari tu ummi sempat ke pasar payang cari beberapa barang..pukul enam petang pulak ummi bergegas melawat chek lagi sekali petang tu..abang is berjaya masuk..ok la puas hati ummi...
chek ada bagitau ummi, chek tak boleh rasa sedih..kalu sedih, dada chek akan sakit mencucuk cucuk...YA ALLAH PULIHKANLAH KESIHATAN IBUKU...ummi sebak, tp ummi tahan..tak mo chek sedih lagi...
petang tu ummi balik dengan hati yang gundah gulana..hanya tuhan yang tahu.
keesokkan harinya (ahad) ummi melawat lagi sekali chek kat hopsital tengahari tu, sebelum bertolak balik ke putrajaya semula..ikutkan hati ummi tak mahu balik, tapi makin lama duduk dekat chek..lagi sedih dan sebak rasenye..walaupun pada mata kasar chek sihat je..tapi hati seorang anak mengatasi segala-galanya..tahu chek mesti tengah tahan sakit..cuma chek tak tunjuk..ummi tahu chek seorang yang kuat dan tabah..seperti yang ummi kenal dan tahu selama ini...
ummi tak boleh duduk lama lagi...hati ni berat tak nak balik, tapi ummi dah tak leh tahan air mata..ummi tak nak nangis depan chek..ummi tak tahu la nak cakap macamana..KEJAM KE UMMI? akhirnya waktu melawat dah berakhir..ummi pun tinggal la chek bersama kakak yang akan menemani chek...maaf chek kak yah terpaksa balik...SEMOGA CHEK CEPAT-CEPAT SEMBUH DAN DAPAT KELUAR HOSPITAL CEPAT.
akhirnya ummi balik ke putrajaya dengan hati yang menangis....
harap semua yang ada emak, faham akan perasaan ummi ni...ummi rindu, sayang, kasih dan segala-galanya pada chek...

No comments:
Post a Comment