Pages

Tuesday, October 18, 2011

SYABAS drive thru...

assalamualaikum....
macam tak percaya...hehe tapi tu la hakikatnya. ke ummi je yang agak ketinggalan zaman??? hehe. tak ape la, nak jugak citer.
kat malaysia sekarang ni bukan western food je ada drive thru, pusat pembayaran bil pun dah ada!! mesti tak percayakan...hehehe ummi pun first time tengok macam tak percaya. Tapi disebabkan dah ada depan mata...kene percaya la jugak..
sebenarnya kejadian ni dah sebulan lepas. masatu ke SYABAS kajang untuk settle kan  urusan bekalan air rumah kakak di cheras. sekali dah masuk pagar syabas.. tetiba je rasa pelik sebab tengok kereta queue panjang bebenor ni..sekali tengok para pemandu ni tengah duk bayar bil.. Fuhh..canggih manggih la MALAYSIA sekarang, jimat masa, tenaga (berdiri kalu tak de kerusi..hehe) ok ni ummi ada sertakan prove nye ye...caye jangan tak caye....


semoga lepas ni banyak lagi pusat pembayaran bil di buat secara dive thru...sama-sama la kita doakan ye...
teringat slogan MALAYSIA BOLEH..semua boleh....

Monday, October 10, 2011

saya dah datang....

Dah lama sangat entry terbiar CAMERON HIGHLANDS...hehe..setelah sekian lama ummi nak pergi. walaupun sebelum ni ummi dah pernah pergi beberapa kali, tapi tetap tak sama bila dapat pergi bersama suami dan anak-anak

lagi pun sebenarnya dah lama hasrat ummi nak pergi ke sana..hasrat hati ummi masa lepas kahwin hari tu..tapi entah la kenapa boleh tak jadi. sekarang bila dah dapat pergi, terasa LEGA yang teramat sangat..eee tak tahu la nak explain kan macamana..bak kata orang, HAJAT DAH TERCAPAI..ibarat mengidam jugak lah kan? hehehe..
thank you untuk abah yang sponsor untuk percutian keluarga ni ye....kat sane, ummi stay kat rumah peranginan persekutuan...hehe jimat kos RM25.00 je semalaman..kan murah yang amat tu..
tak banyak tempat sangat yang ummi pergi tapi yang teringin sangat ummi pergi ialah ladang teh dan jugak nak makan aiskrim strawberi *aiskrim strawberi ni sebenarnya ummi mendengar cerita dari sorg teman yang telah berjaya menyiurkan ummi melalui gambarnya*
kami ke sana just 2 hari 1 malam je..sebenarnya ummi dah booking bilik tu untuk 3 hari 2 malam (dari 3 - 5 Januari 2011). tapi terpaksa di tangguhkan sehari sebab sufi demam...4 hari juga sufi demam..kalau ikutkan kami dah nak cancel kan sahaja percutian ni, tp bila difikirkan semula, dan memandangkan sufi dah sihat, kami teruskan juga percutian ni. TAPI kat sana, sufi tak la 'galak' sangat. tapi alhamdulillah, sufi tak meragam juga.
antara tempat-tempat yang kami pergi ni. kea farm, ladang teh bharat, red strawbery farm, healthy strawbery farm...mane lagi ye? hehe..kami ke red strawbery farm sebenarnya dua hari berturut-turut..hehe kerana keenakkan dan kelazatan wafernye...hehe..
kat sana sempat lagi ummi belikan topi untuk anak-anaktakut sejuk la kunun...hahaha..
lepas tu baru la kami check in, mandikan sufi dan kami terus gerak cari tempat makan...
hehe..menu tengahari kami ialah...tadaa...

steamboat time!!!!

seterusnya kami pergi pulak ke Bharat ~anytime is tea~ hehe..


hehe...lepas tu kami pergi jenjalan kat Red Strawbery Park..
best...sampai dua hari berturut-turut kami pergi..abang is pun suka sangat pergi sini. ye la siap ada mainan..leh la dia main..
memang dah niat bebenar nak makan bende alah ni...nak tak nak cari sampai jumpe!!
sebab dah lama sangat dah simpan draf, mood nak menaip pun dah tak de. sekarang mood sekadar menempek dan berkongsi beberapa keping gambar sahaja..





dua hari berturut-turut kami menikmati wafer dan aiskrim ni!! berbaloi2...hhuhu
~wassalam~

Thursday, September 8, 2011

Pencapaian Abang Is

salam 1 malaysia.....dan selamat membaca (nak tulis selamat pagi, tapi takut org membacanya waktu petang..hehe)
ni entry pasal result exam abang is..dah lama sebenarnya dapatnye, tp maklumlah ummi nikan busy menggalahkan Pengarah Bahagian..hahha terperasan sudah...
entry ni jugak nak menunjukkan betapa bangganya ummi dengan result periksa pertengahan tahun abang is (tp bukan ummi bangga diri okey...)
dengan keputusan 3/27. okey la tu. Tapi takut juga sekarang ni, maklum la abang is sekarang ni banyak main. lagi pun cikgu kelas yang biasa melaporkan perangai dan tahap tingkahlaku hero ummi ni dah berhenti, agak susah nak menjangka result akhir tahun ni. Setakat jadual yang ummi dapat sebelum ni,  Peperiksaan akhir tahun Tadika Generasi Inspirasi bulan Oktober. Jadinyer...sabar je la...kalau result dia tak berapa cantik hujung tahun ni, ummi terima seadanya..ini lah keputusannya..











hehe...semoga abang is teruskan prestasi macam ni. kalau tak pun abang is tetap anak UMMI!...
~wassalam~

Tuesday, September 6, 2011

raya datang lagi...

alhamdulillah dah selesai dah menjalani ibadah puasa selama sebulan..hari ni 7 Syawal 1432 H masih lagi bercuti tapi dah berada di Putrajaya. Esok InsyaAllah jika diberikan kesihatan yang baik dan tiada aral melintang, bermulalah rutin ummi di Pejabat pujaan hati ku...haha..padahal hanya Tuhan yang tahu.
tahun ni tak banyak gambar yang disnap oleh ummi dan abah...sekadar beberapa keping saja...cukup la sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.
insyaAllah tahun depan ummi prepare awal-awal lagi persiapan raya...biar tersusun indah gitu...raya ni tak excited sangat nak raya...excited nak balik kampung je lebih..maklumlah tahun ni ummi dah jarang balik kampung. mahu di pahang ataupun terengganu. abang is pulak bukan main bersemangat nak balik kampung sebab nak jumpa sepupu-sepupunya. bukan nak beraya pun...huhu
1st raya kami sekeluarga beraya di Pahang..petang raya kedua baru lah kami bergerak balik kampung ummi pulak...mane lagi..TERENGGANU la.
k sekadar dua keping gambar untuk tatapan..
putera n puteri ummi (1st raya)

aktiviti famili - makan ikan/udang/sotong celup tepung (raya ke-4)

Thursday, August 25, 2011

rindunyer....

assalam...ya allah rindunya nak berceloteh di ruangan "hari-hari cinta" ummi ni. tapi kesuntukan masa dan keadaan yang tak mengizinkan meyebabkan ummi terpaksa berputih mata...sedey kan??
tak pe la yang penting, blog ummi ni masih lagi hidup..
jadi alkisahnyapada kali ini ialah...bulan ramadan dan persiapan menjelang hari raya. alhamdulillah..selesai sudah 21 hari ummi berpuasa (belum lagi bercuti). alhamdulliah juga hari ni ummi berbuka dengan juadah nasi dagang hasil air tangan sendiri. alhamdulillah juga kerana seorang teman (mother to be) dapat makan nasi dagang. teringat katenya nak makan nasi dagang ummi. Alhamdulliah...
berkisar kepada sepanjang ramadan ini juga...sebenarnya coretan ummi kali ini lebih kepada cerita sedih ummi...dalam hari-hari berpuasa dan menyambut syawal...
okla bermula dengan...
ummi berjaya dengan AZAM yang ummi pasang seawal ramadan lagi. RAMADAN NI UMMI NAK MASAK.... 
Yelah dapat la jimat sedikit dari ramadan sebelum-sebelum ni. abah pun alhamdullilah seronok sebab dapat jimat duit poket...maklum la setakat kerja kumpulan sokongan...gaji tak seberapa..untuk berbelanja hanya untuk beberapa lauk dan jumlahnya RM30 rasa sangat-sangat membazir..YA ALLAH, LIMPAHKAN LAH REZEKIMU...
alangkan nikmatnya mendengar teman-teman yang ada rezeki lebih..membeli dan berbelanja tanpa sebarang masalah...bersyukur atas pemberianNYA.
tipu la kalau ummi kata ummi tak pernah membeli makanan dan lauk pauk..ada tapi adalah dalam 3 kali sahaja sepanjang 21 hari berpuasa...
kerana mengejar kan masa-masa emas, kadang-kadang ummi hanya sempat memasak sejenis lauk saja. ok la tu.. berjaya la hari tanpa membeli yg ummi sedang perjuangkan. kami sekeluarga tetap bersyukur... maklumlah...ummi balik dari ofis pun dah pukul 6.30ptg, manalah sempat nak memasak banyak-banyak lauk, sekadar berbuka dengan kurma dan air, kami sekeluarga akan betul-betul berbuka pukul 8.00 malam...begitu la rutin sehari-harian ummi dan keluarga...kadang-kadang tak sempat labuhkan punggung pun, terus je masuk dapur. walau pun penat, ummi seronok....tapi penah la merungut kat abah...penat.
tu belum lagi cerita pasal persiapan raya...tahun ni tahun yang teramat-amat ala kadar pada ummi. ummi cuma lebihkan untuk anak-anak saja dan biskut untuk keluarga di kampung. untuk ummi, cukup dengan hanya sepasang baju kurung dan sehelai tudung yang dibeli untuk matchkan dengan baju tu...ok la tu...ada gak baju, orang lain ada yang tak ada baju baru lansung...
bersyukurlah dengan apa yang diberikan....ALHAMDULLILAH
akhir sekali..




Wednesday, June 1, 2011

sufi dah setahun

alhamdulillah....dah setahun dah usia anak perempuan ummi ni...tapi malangnya, sempena hari lahirnya..terpaksa pula duduk kat rumah sebab demam...kesian anak ummi ni...
apa-apa pun 

Selamat hari ulang tahun yang pertama puteri ummi….
love you sayang...

sekadar menempekkan beberapa keping gambar sebagai rentetan perjalanan puteri ummi ni dari usia beberapa minit dilahirkan hinggalah sekarang...semoga ummi dan famili tak lupa akan saat-saat manis ini...termasuk la sufi yang akan  meningkat umur setiap tahun....
dalam labouroom

beberapa minit selepas di mandikan oleh nurse....tembamnyer...

baru balik dari hospital selepas ditahan semalaman di unit ICU -jaundice

pertama kali demam dalam HIDUP..masih dalam pantang ni..

masih lg dalam cuti 60hari..

sebelum di cukur jambul dan disunatkan...
dan dalam tempoh setahun ni juga...sudi dah boleh berjalan, tumbuh gigi 6 batang, reti bersalam, cium di pipi (dengan mulut yang ternganga..) angkat tangan bila tanya mana sufi, sekarang ni pun dah kenal patung kesukaan nya..yang ummi bagikan nama "MOO", tahu bila tanya puting, tahu bila suruh ke bilik air... dan beberapa perkara yang dia minat...terutamanya bila masuk ke dapur..."watermelon". bila sebut je watermelon, mesti sufi tersenyum sambil donggak ke dinding...sbb kat situ la ummi n abah tampal gambar watermelon...hahha.
menjerit...dengan erti lain, cuba untuk menyampaikan sesuatu pada ummi atau abah dengan cara dia.....
dan BANYAK LAGI perangai dan perbuatan yang menggelikan hati kami...
ini gambar terbaru sufi...sempena 1 tahun...
sufi yang dah besar....
kek birthday untuk sufi...

Friday, May 20, 2011

berpisah jua....

salam sabtu...hari ni mood nak dengar lagu Z.Z...ala..ziana zain..
ok, lagu yang ummi dah berpuluh-puluh kali ummi duk ulang hari ni ialah...BERPISAH JUA...kalau siapa-siapa yang agak-agak berminat dengan lagu-lagu ziana zain...dengar-dengarkan lah ye...
ni ummi ada sertakan sekali dengan lirik lagunye...

Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

selamat google di youtube ye...

~wassalam~

Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum dan selamat hari Rabu..buat semua pembaca..
dah masuk 19 hari bulan Mei, baru berkesempatan nak update...rindunya nak update blog ummi nie..
sampaikan time ni dah tak tahu dah nak story mory yang mana..banyak sangat yang tertangguh..
ape ye??
abang is exam?
family day kat desa water park?
balik kampung?
jamuan kat ofis?
cerita sedih?
cerita suam-suam kuku?
entah la...yang pasti, insyaAllah ummi cuba la update blog ummi ni setiap hari. walaupun seinci..hehehe...boleh ke?
hari sukan abg is...

sambutan birhtday teman sekolah dan juga anaknye dan merangkap reunion

taklimat mengenai rawatan penyakit buah pinggang di sebuat hotel 5 star - The Garden ..(bila lagi kan?)

birthday salah seorg teman ofis yang di sambut di Johnny Restaurant..
sekian dulu ya...next time ummi sambung lagi!!

~wassalam~

Monday, April 25, 2011

sepi yang terpaksa...


bersepah...semak....TENSION!!!

hanya itu je perkataan yang layak ummi keluarkan selepas tengok gambar ni...tapi ini lah buktinye.....
lamanya ummi tak update blog ni. bulan april pun dah nak melabuhkan tirainya..
jadinya sebelum dilabuhkan...adalah lebih baik ummi meng'update' apa-apa yang patut...
kerja yang tak pernah "kering".

tepi kiri, kanan, depan bawah...semuanya fail...bukan tu aje..ikan sebelah ni pun dah kebulur..huhu. kesian..kesian...

 sabar je la...bagi ummi manage semula masa yang terluang...
doa-doakan ye...


~wassalam~

Sunday, March 20, 2011

selamat...tapi...

assalam.....hehehe hari jumaat yang hari ummi ambil anak anak dari tadika dan taska, memang la selamat, tapi banyak betul la cabarannya...nak menangis pun ada juga.
oklah..meh ummi nak ceritakan detik-detik cemas yang ummi ALAMI..huhu
dari ofis, ummi keluar pukul 6.30petang. agak lewat...memang ummi budget nak keluar time-time ni sebabnya dalam fikiran ummi ni mesti kereta dah tak banyak kat jalan. dan kononnya dalam masa setengah jam, ummi boleh sampai kat TADIKA ABANG IS kat presint 9. ku sangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis yang mengundang. sekali kereta ummi kena block (padahal hujung bontot kereta je yang diblocknye). punya la lama ummi tunggu kereta tu keluar kereta, tak keluar..keluar juga. nasib baik la kereta sebelah tepi ummi ni keluar, boleh la ummi buat "U" turn.
 alih-alih pukul 7.15malam baru sampai kat tadika abang is. apalagi abang is dah balik ke rumah cikgu tadikanya. tapi persoalannya KAT MANA RUMAH cikgu tu? memang la ummi pernah ikut abah pergi ambil..tapi ummi tak ingat..tambah pula kalau ummi dah panik macam ni..ayoyo..macamana ni? dah la telefon habis bateri nak kena tukar sim card dalam telefon satu lagi...aduyai...berserabutnya.
dah dapat tukar sim card, telefon abah tak berangkat pulak (dah nak nangis dah). akhir sekali baru telefon cikgu abang is (kononnya tak mau telefon cikgu sebab malu..huhu). nasib baik la cikgunya angkat...siap cakap 
"apalah akak ni...macamana boleh lupa"
hehe..nak buat macamana..? 
ummi pun pergi la cari rumah cikgu abang is...tersesat la juga nak cari lorong rumah..akhirnya sampai...ALHAMDULILLAH..
dah settle satu hal, tinggal satu lagi ni...SUFI...ummi keluarla sambil bawa kereta 40-60km/j ..hahaha sambil berhati hati keluar simpang...alhamdulillah akhirnya sampai la kat TASKA SUFI pula kat presint 8. dari taska presint 8 tul okey la..sebab dah biasa ambil budak-budak n dulu-dulu..
sedar tak sedar pukul 8.15mlm baru la sampai kat rumah kami kat PRESINT 14... walaupun dah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan...ummi bersyukur sebab kami sekeluarga selamat sampai. tapi malam tu memang penat sangat...nasib baik la ummi dah siap belikan abang is nasi goreng kat offi ce petang tadi..tinggal nak hidang je..
alhamdulillah...

dah gelap baru ambil sufi ~ abang is yang tangkap gambar sementara tunggu ummi ambik sufi

abang is dan sufi yang dah letih..

~wassalam~

Thursday, March 17, 2011

kereta vs ummi

assalam....salam jumaat lagi.. alhamdulillah akhirnya selamat sampai juga kat office hari ni. hari ni ummi terpaksa bawa kereta sendiri ke office sebab abah kena ke negeri sembilan (aktiviti bola sepak). pagi ni abah hantar anak-anak, sementara tu ummi pergi sendiri dgn kereta lg satu, petang nanti baru ummi ambil anak-anak.. hanya tuhan je tahu betapa takutnya ummi bila drive sendiri. ni semua gara-gara dua tahun lepas accident kat kemaman...masa on the way balik kampung. nasib baik la barang-barang gubahan hantaran kakak terselamat (kebetulan ummi barang hantaran kakak nak kahwin)

ummi biasanya bawa kereta hari sabtu je (pergi o.t), maklumlah jalan kat putrajaya kan lenggang hari-hari minggu...tu pun dari rumah ke office saja. lain-lain tempat, sorry la..memang tak ada keberanian lagi...tak tahu la sampai bila macam ni. 
pada hal dulu, dari marang ke kemaman. dari kemaman ke besut, okay je (walaupun x bawa la keluar dari Terengganu). 130km/j ok aje..sekarang, 60km/j pun dah PERASAN laju.
abah pun dah banyak kali suruh ummi "traning" bawa kereta, pernah la ummi bawa sebelum nie..sekali...hah 'tercium' dinding parking la pulak...pecah bumper depan.takutnya nak mengadap abah. nasib baik la abah stay cool lagi.
agaknya ummi dah lemah semangat la nak bawa kereta ni..
tapi ummi akan cuba sedaya upaya akan bawa lagi..
 YA ALLAH...PULIH LA SEMANGAT KU...

accident masa on the way balik kampung

hantaran yang terselamat

abah dan anak-anak yang terpaksa pergi ke office dan taska tanpa ibu pagi tadi

~wassalam~

Wednesday, March 16, 2011

1st GA - SayA NaK bRoOcH tUh!!!!!!

last minute ....baru ummi tergerak hati teringin nak join contest yang dianjurkan oleh blog sakila's craft.
sempena juga 1st GA yang dianjurkan oleh sakila's craft
dan sempana JULUNG KALI PENYERTAAN ummi dalam acara GA, harapnya...adalah HARAPAN untuk mendapat bRoOcH tUh!!!!!!
inilah banner yang dari blog TUAN TANAH dari sakila's craft


k...utk pertama kalinya, saya nak tag

cik puan yafizah

hehe...jom kita sama-sama join GA ni ye
good luck untuk semua 
participants
~wassalam~

casing BARU..

 16 Mac 2011 (Rabu)



Cantik tak? hah ni la casing baru untuk telefon kesayangan ummi (telefon hadiah dari abah). selepas dua kali beli casing yang berkulit tu...yang tu tahan dua hari je selepas menjalani accident angkara perbuatan ummi yang cuai.. semoga casing baru ni boleh la tahan jangka hayatnye...
casing ni ummi baru dapat pagi tadi. di hantar by hand oleh tuan punya bisnes...
harganya?? sangat berpatutan...RM7.00 je...
kalau siapa-siapa yang berminat, leh la klik kat bawah ni...

wah..kena minta komisen ni...hahaha. 

yang ummi punya yang ada tulis
CDA
je tau..yang lagi satu tu officemate ummi punya..

k...la itu saje cerita ummi untuk hari ini...
selamat menghayati....

~wassalam~

Tuesday, March 15, 2011

kami di klinik

14 Mac 2011 (ISNIN)

hari ni kami ke klinik untuk checkup sufi...untuk sepuluh bulan (kejap je rasenya....sedar-sedar dah sepuluh bulan) alang-alang ke klinik...kami ambil la peluang ni bawa abang is ke klinik. abang is baru je start batuk dan selesema...jadinya sebelum makin larat, kami bawalah check sekali..
dari awal lagi abang is dah cakap, "abang is nak ambil ubat je, abang is tak mahu kene check doktor"..huhu..macamana tu...??
sebabkan ummi dan abah tak mahu tunggu terlalu lama (maklumla kalau dah pergi klinik kerajaan ni...), kami bahagi-bahagikan tugas..abang is jumpa doktor dengan abah, ummi bawa sufi...
okay la..sufi kali ni cuma perlu timbang berat dan ukur tinggi je...
berat sufi hari ni....7.5kg (100g je naik dari dua bulan lepas) dan tinggi nya pulak 70cm (tak bertambah pun..huhu)..
okay la..ummi dengan sufi dah siap checkup..tak sampai pun setengah jam pun..tunggu la abang is dan abah pulak...lama la juga. akhirnya datang la abah dengan abang is yang mata baru je lepas nangis..rupa-rupanya abang is nangis tak mahu kena sedut gas bagi cairkan kahak...pujuk punya pujuk tak jalan..akhirnya abah dan doktor pun redha je la..bg ubat je la. nasib baik la abang is jenis yang tak ada masalah untuk makan ubat...melepak la kejap kat klinik sementara tunggu hujan berhenti..
dah boleh keluar dari klinnik..kami terus je gerak.sebelum  balik, abah bawa la abang is makan malam terus (boleh la ummi relaks sikit malam ni.....) sementara tu ummi dan sufi tunggu kat kereta..malas pulak rasanya ummi nak keluar...tak apa la..layan budak kecil ni kat kereta jela..
dah settle makan, terus je kami balik ke rumah...
Masa untuk berehat kat rumah la pulak…

tiga beranak di klinik sementara tunggu hujan berhenti untuk balik


~wassalam~


langkah-langkah awal sufi...

11 Mac 2011(Jumaat)

alhamdullillah...masih bernafas hingga ke hari ini.
hari ni abah terpaksa bercuti..sufi demam..pagi tadi pun baru je balik dari klinik. tak tinggi demamnye..37.2oC. batuk dia pun masih okay kata doktor tu..paru-paru dia okay, kahak pun tak ada. ummi terpaksa la kerja sebab ummi dah cuti hari selasa.
malam tu masa tengah berlenang lenang...
tetiba abah CUIT ummi...sekali pandang, hah..sufi dah berjalan tanpa apa-apa bantuan. tap tap tap tap....huh..dah empat langkah. berhenti kejap. pastu ummi panggil dia pun tergedek-gedek..datang. empat lagi. entah la tiba-tiba je rasa sebak je...bukan tak ada pengalaman pun sebelum ni.. cuma entah la..macam tak percaya.
sebelum tu....petang kat ofis tadi abah dah telefon, "sufi tumbuh gigi lagi la ummi..dua batang kat tengah bahagian atas.." laaa..patutla anak ummi ni demam sangat (tapi demam dia tak tinggi sangat..cuma demam main-main).
 
RUPA-RUPANYA DEMAM NAK BERJALAN & NAK TUMBUH GIGI
 


abang is pun beria suruh sufi datang berjalan, tapi sufi dah tak mau berjalan da...malas da...tunggu la nanti kalau sufi dah betul-betul berani jalan..tak payah abang is panggil memang melekat je kat abang is...sekarang pun dah mengekor je mana abang is pergi sambil merangkak...
kita tunggu je la abang is...
ummi dan abah pun dah tak sabar....
semoga anak ummi dapat berjalan dengan baik tak lama lagi. tapi jangan naught naughty tau.. nanti penat abah dengan ummi..kesian jugak abang is kena kejar nanti...


klinik kesihatan yang baru dibuka di Presint 3
on the way ke klinik...sempat tengok belon panas yang baru nak dipasang kat presint 2

~wassalam~

HAPPY BIRTHDAY ABAH...

7 March 2011 (Isnin)

5 Mac 2010....Happy birthday abah. tahun ni ummi betul-betul tak sempat nak buat apa-apa sambutan. yang pasti ummi just sempat buat kad birtday hasil dari tangan ummi sendiri. ilmu yang ummi dapat dari kelas Adobe Photoshop..walaupun sebenarnya banyak cacat celanya.
malam sehari sebelum birthday tu..kami keluar sementara tunggu abah ke kedai PAK MYDIN, ummi dan sufi pergi la kedai gambar. Print dan masukkan dalam frame. sementara tunggu siap, tetiba je abang is dengan abah sampai. apalagi, dah siap terus je ummi suruh abang is bagi kat abah siap ucap lagi...
happy birthday abah…..
abah pulak tersipu-sipu la...malu-malu kucing la katakan....
apa-apa pun anak-anak dan ummi nak abah tahu yang....
we loves you…
dan dengan ucapan..

semoga sihat selalu..semoga hidup di rahmati Allah swt..dan segala yang baik-baik semuanya
insyaAllah
HAPPY BIRTHDAY
~wassalam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...