Pages

Tuesday, March 15, 2011

kami di klinik

14 Mac 2011 (ISNIN)

hari ni kami ke klinik untuk checkup sufi...untuk sepuluh bulan (kejap je rasenya....sedar-sedar dah sepuluh bulan) alang-alang ke klinik...kami ambil la peluang ni bawa abang is ke klinik. abang is baru je start batuk dan selesema...jadinya sebelum makin larat, kami bawalah check sekali..
dari awal lagi abang is dah cakap, "abang is nak ambil ubat je, abang is tak mahu kene check doktor"..huhu..macamana tu...??
sebabkan ummi dan abah tak mahu tunggu terlalu lama (maklumla kalau dah pergi klinik kerajaan ni...), kami bahagi-bahagikan tugas..abang is jumpa doktor dengan abah, ummi bawa sufi...
okay la..sufi kali ni cuma perlu timbang berat dan ukur tinggi je...
berat sufi hari ni....7.5kg (100g je naik dari dua bulan lepas) dan tinggi nya pulak 70cm (tak bertambah pun..huhu)..
okay la..ummi dengan sufi dah siap checkup..tak sampai pun setengah jam pun..tunggu la abang is dan abah pulak...lama la juga. akhirnya datang la abah dengan abang is yang mata baru je lepas nangis..rupa-rupanya abang is nangis tak mahu kena sedut gas bagi cairkan kahak...pujuk punya pujuk tak jalan..akhirnya abah dan doktor pun redha je la..bg ubat je la. nasib baik la abang is jenis yang tak ada masalah untuk makan ubat...melepak la kejap kat klinik sementara tunggu hujan berhenti..
dah boleh keluar dari klinnik..kami terus je gerak.sebelum  balik, abah bawa la abang is makan malam terus (boleh la ummi relaks sikit malam ni.....) sementara tu ummi dan sufi tunggu kat kereta..malas pulak rasanya ummi nak keluar...tak apa la..layan budak kecil ni kat kereta jela..
dah settle makan, terus je kami balik ke rumah...
Masa untuk berehat kat rumah la pulak…

tiga beranak di klinik sementara tunggu hujan berhenti untuk balik


~wassalam~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...