alhamdulillah dah selesai dah menjalani ibadah puasa selama sebulan..hari ni 7 Syawal 1432 H masih lagi bercuti tapi dah berada di Putrajaya. Esok InsyaAllah jika diberikan kesihatan yang baik dan tiada aral melintang, bermulalah rutin ummi di Pejabat pujaan hati ku...haha..padahal hanya Tuhan yang tahu.
tahun ni tak banyak gambar yang disnap oleh ummi dan abah...sekadar beberapa keping saja...cukup la sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.
insyaAllah tahun depan ummi prepare awal-awal lagi persiapan raya...biar tersusun indah gitu...raya ni tak excited sangat nak raya...excited nak balik kampung je lebih..maklumlah tahun ni ummi dah jarang balik kampung. mahu di pahang ataupun terengganu. abang is pulak bukan main bersemangat nak balik kampung sebab nak jumpa sepupu-sepupunya. bukan nak beraya pun...huhu
1st raya kami sekeluarga beraya di Pahang..petang raya kedua baru lah kami bergerak balik kampung ummi pulak...mane lagi..TERENGGANU la.
k sekadar dua keping gambar untuk tatapan..
![]() |
| putera n puteri ummi (1st raya) |
![]() |
| aktiviti famili - makan ikan/udang/sotong celup tepung (raya ke-4) |


No comments:
Post a Comment