Pages

Tuesday, December 28, 2010

sufi dah merangkak DAN duduk...

alhamdulillah...akhirnya sufi dah merangkak...dengan usia 6++, sufi bad masuk ke fasa baru. kalau tak silap ummi, ummi perasan sufi da boleh merangkak masa kenduri HAJAR hari tu..29 Dis 2010...sebenarnya ummi agak takut kalau sufi tak merangkak...sebab dia akan kehilangan satu step proses pembesaran dan dari yang ummi baca...ada satu artikel ni..

LONDON: Bayi yang masih gagal merangkak ketika memasuki usia sembilan bulan besar kemungkinan akan ketinggalan di sekolah dan terpaksa bertungkus lumus untuk bersaing, kajian mendedahkan.

Kajian itu mendapati ketidakupayaan untuk mencapai perkembangan seperti duduk tanpa disokong atau merangkak dikaitkan dengan masalah pembelajaran dan kelakuan.

hehe...risau kan?? ummi ada gak dengar dari teman-teman anak akan ada sindrom kencing malam. kencing malam??? heee risau nye...
tapi alhamdulillah la, setakat ni sufi tak ada tertinggal apa-apa step dan semoga dia tak ketinggalan apa-apa dalam hidupnya (yang baik-baik saja la...)

seminggu lepas tu, ummi tengok sufi dah boleh duduk. sebenarnya dah lama ummi tengok sufi nak duduk..nasib baik tak terus duduk. kalu terus duduk, lagi ummi tak keruan...dah boleh duduk, asyik jatuh tersemban aje...siap ummi kene pasang toto kat tempat kita orang tengok tv (tempat lepak). jadinya tak ade la sakit sangat bila sufi jatuh...huhu
dan sekarang sufi juga dah pakai walker...tu abang is yang punye...hehehe. nasib baik elok lagi...save budget ummi n abah.

satu lagi yang ummi tak boleh lupa bila duduk kat ofis....sufi suka lentok atas bahu ummi..wah macam manja je..sambil tersengih-sengih bila ummi agah..rindula bila duduk kat ofis..
abang is pulak dah macam terasa diri dia terasing...asyik duk layan sufi je...selalu sangat buat perangai, nak tarik perhatian ummi dengan abah..tapi akhirnya abang is yang kene marah. kesian abang is...ummi dengan abah sebenarnya cuba tak nak marah, tapi kadang-kadang abang is ter'over' dan tahap kesabaran ummi amat sikit..tu yang akhirnya abang is kena marah tu..SORI ABANG IS..

ok la ummi pun tak ada banyak story nak cerita. sekurang-kurangnya blog ummi tak ade la berhabuk sangat..hehe

selamat menghayati!!! 

saya dah boleh duduk...kat belakang tu walker saya pinjam..
dalam kereta...bg can sufi drive..
 

Saturday, December 18, 2010

Perkahwinan Adik Bongsu

tanggal 27 November 2010 (Sabtu)

...termeterai la ikatan kasih antara adik bongsu ummi dengan jejaka pilihan hatinye...
teman ketika masih belajar di universiti..alhamdulillah semoga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat. ummi and famili balik ke kampung hari khamis pagi..kononnya nak gerak pukul 4 pagi....hampeh, abah baru balik dari kursus "team building" pukul 11.00malam rabu tu.jadinya kami mengambil keputusan balik pagi khamis je la...tu pun berapa kali kena berhenti mengantuk punya pasal...hehe..kalau nak harapkan ummi berjaga, tak ade la...belum sampai kat gombak, dah tertidur...hehehe ini la rutin ummi kalau naik kereta dan balik kampung sejak kahwin lagi...*kesian abah...ummi memang tak boleh tahan mata laaa* ye la kebiasaannya, ummi akan kemas beg dari malam hingga ke waktu nak gerak balik(biasanya kalau balik kampung kat terengganu, ummi akan bergerak dalam pukul tiga hingga empat pagi)

kerana masalah kesihatan chek dan juga memandangkan kenduri ini kami sekeluarga yang akan masak sendiri serta pihak lelaki pula dari Kelantan*kononnya nak meringkaskan dan memudahkan masa diorang kami sepakat untuk membuat majlis akad nikah dan kenduri sekaligus* Amat memenatkan tapi berbaloi kerana penat tak lama. menu kenduri kali ni...biasa-biasa saje, nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, acar timun, acar nenas, nasi putih, sayur keladi( ummi dpt tahu, ada sorg teman kakak ni 'tercapai hajat' dapat makan sayur keladi....MENGIDAM...siap berterima kasih sbb dia dari melaka ~ kalau tak silap la~ balik terengganu just nak cari @ makan sayur ni, sekali dapat makan kat kenduri ni...alhamdulillah.)pukul 11.00pagi hari sabtu, kami sekeluarga (sebenarnya ada beberapa ahli keluarga kami yang tak dapat pergi kerana waktu tu bertindih dengan waktu ketibaan tetamu). dengan dua kali lafaz, sah la HAJAR dan MOHD JOHARI sebagai pasangan suami isteri...semoga mereka sabar dan bahagia melayari alam rumahtangga dan FASA BARU NI.

sepanjang majlis ni berlansung, susah benar nak ambil gambar abang is...main je kerjanye....yela sesekali boleh balik kampung dan jumpa dengan sepupu-sepupunya..nak main ajeh...abah pulak penat dan tak berapa sedap badan *hasil dari aktiviti lasak masa mengikuti kursus team building* apa-apa pun terima kasih abah, sebab sudi men'snap'kan gambar-gambar yang cantik untuk simpanan ummi..
ok la..ummi pun tak mau cerita panjang-panjang pasal majlis perkahwinan adik ummi ni...ummi just nak tempekkan beberapa keping gambar je...dan ummi sefamili balik ke putrajaya hari isnin...


buat su hajar and uncle joe...SELAMAT PENGANTIN BARU n sori sebab tak boleh ambil cuti lama sebab dah hujung tahun~cuti da habis....


sebelum ditepung tawarkan..
sejurus selepas majlis akad nikah
bergambar bersama bhak dan chek....
bersama keluarga besar ummi...ni belum masuk cucu2 yg lain dan ipar2
ummi, abang is n sufi....abah? cameraman laa.

ummi, abah n sufi bersama pengantin.....abang is da tertido dah....



Saturday, December 11, 2010

chek masuk hospital

2 Disember 2010 (KHAMIS)

on the way ke TESCO KAJANG...ummi saja call kat kampung. tujuan utamanya nak tanya pasal perjalanan pengantin perempuan esok ke kelantan. yelah, MAJLIS HANTAR MENANTU...
tapi khabar yang mendukacitakan yang ummi dapat...kakak yg menggangkat telefon bagitau..chek(mak) kat hospital. tengah tunggu result scan dr hospital...kes chek pun sebenarnya kes yang direfer dari klinik swasta ke HOPITAL NUR ZAHIRAH..risau lak ummi dengar.
tp kakak dah bgtau chek ok ye..macam yang ummi tengok masa balik dr kenduri kahwin hari tu. lega sikit bila dengar macam tu..tapi hati ni masih tak keruan..
rase x mau pegi tesco lagi dah..tapi memandangkan dah separuh jalan dah perjalanan kami, kami teruskan juge..nak dijadikan cerita juge, time abah nak keluarkan duit dari atm, kad abah boleh lak sangkut...setengah jam kami tunggu, baru la kad tu kuar...siap abah telefon maybank suruh sekat dia punya kad....tujuan nak beli barang dapur tak jadi, just beli susu tepung abang is je (abg is still minum susu lg). tak lama lepas tu, ummi dapat panggilan dari kakak yang teman chek pergi hospital bgtau...chek dah di warded...JANTUNG CHEK BENGKAK, ada sikit PARU-PARU BERAIR..dan sedikit semput akibat dari jantung yang bengkak.ummi dah nekad, ape nak jadi, jadi la..esok malam ummi nak balik kampung juga...walau pun kami sampai di putrajaya baru tiga hari..
esok pagi pergi kerja ummi dah semangat nak kerja..ingat nak balik kampung je..pas kerja..ummi kemas bag, kami terus gerak (tp dalam kul 10mlm jugak sebenarnya). sampai kat kampung dalam kul 6.00pg. tp kena tunggu kul 12 baru kami boleh tengok chek kat hospital. oh ye..yang hantar menantu adik tu pun tak ramai yang pergi...tp alhamdulillah, semua berjalan lancar..
tengahari tu..ummi dah anak beranak dan adik beradik pergi la tengok tok chek(panggilan cucu-cucunya)..tapi malangnya, budak-budak bawah 12 tahun tak boleh masuk...tp ummi berjaya "seludup juga sufi masuk ke dalam" cuma abang is je tak dapat naik sebab abang is pergi hospital dengan mak sedaranye...tak pe la tengahari ni abang is tak berjaya masuk, waktu melawat petang karang ummi cuba nak bawak abang is masuk pulak..ye la sia-sia je kami balik dari jauh tak boleh tengok tok chek..lagi pun mesti tok chek pun nak tengok cucunya...
pilu rasa hati bila tengok chek kat hospital..dengan mukanya yang agak pucat dan keadaan hospital yang kurang selesa *berbeza benar rasanya hospital yang ummi duduk ketika bersalin dulu...bersyukur la dengan segala nikmat* tapi ummi sedaya upaya tak nak tunjuk muka sedih..tak mahu chek sedih juga..sebenarnya ummi tak sempat sembang sangat dengan chek...yela, waktu melawat sejam semua adik beradik nak bersembang dengan chek..berbahagi-bahagi la kami adik beradik dan bhak (ayah) apa yang patut... chek sikit pucat, nampak kurang bermaya dan chek jugak kurang selera makan. cuma makan dua tiga sudu je..tak pe la asalkan chek makan juga..chek pun ada demam..boleh tahan tinggi...39.4c
habis waktu melawat tengahari tu ummi sempat ke pasar payang cari beberapa barang..pukul enam petang pulak ummi bergegas melawat chek lagi sekali petang tu..abang is berjaya masuk..ok la puas hati ummi...
chek ada bagitau ummi, chek tak boleh rasa sedih..kalu sedih, dada chek akan sakit mencucuk cucuk...YA ALLAH PULIHKANLAH KESIHATAN IBUKU...ummi sebak, tp ummi tahan..tak mo chek sedih lagi...
petang tu ummi balik dengan hati yang gundah gulana..hanya tuhan yang tahu.
keesokkan harinya (ahad) ummi melawat lagi sekali chek kat hopsital tengahari tu, sebelum  bertolak balik ke putrajaya semula..ikutkan hati ummi tak mahu balik, tapi makin lama duduk dekat chek..lagi sedih dan sebak rasenye..walaupun pada mata kasar chek sihat je..tapi hati seorang anak mengatasi segala-galanya..tahu chek mesti tengah tahan sakit..cuma chek tak tunjuk..ummi tahu chek seorang yang kuat dan tabah..seperti yang ummi kenal dan tahu selama ini...
ummi tak boleh duduk lama lagi...hati ni berat tak nak balik, tapi ummi dah tak leh tahan air mata..ummi tak nak nangis depan chek..ummi tak tahu la nak cakap macamana..KEJAM KE UMMI? akhirnya waktu melawat dah berakhir..ummi pun tinggal la chek bersama kakak yang akan menemani chek...maaf chek kak yah terpaksa balik...SEMOGA CHEK CEPAT-CEPAT SEMBUH DAN DAPAT KELUAR HOSPITAL CEPAT.
akhirnya ummi balik ke putrajaya dengan hati yang menangis....
harap semua yang ada emak, faham akan perasaan ummi ni...ummi rindu, sayang, kasih dan segala-galanya pada chek...

MAJLIS KONSERT ABANG IS

23 NOV 2010(Sabtu)

malam raptai...
setelah berbulan-bulan abang is n the geng berlatih, akhirnya sampai la hari yg ditunggu-tunggu seisi GENERASI EDUCARE serta ibubapa pelajar2nya...dan yg paling excited... ummi dan abah  MUHAMMAD HARITH ISKANDAR dan NURUL IMAN SUFIAH!!!
majlis ni dibuat sekali dgn majlis konvokesyen bagi pelajar yg berumur 6 tahun...grad la kata kan. dah berjaya menamatkan pelajaran dengan jayanya...huhu
hajat di hati nak keluar rumah awal...kononnya nak dapatkan tempat yang depan, sekali lambat jugak kami sampai.tapi nasib baik tempat disediakan kepada "pelajar cilik" ~ NURUL IMAN SUFIAH ~ jadinya dapat la ummi duduk baris kedua dari hadapan bersama seorang teman...not bad la..walaupun hajat sblm tu nak duduk depan sekali. memandangkan semalam masa raptai, ummi test duk baris kedua tak best. tu la sebab nya ummi kalau boleh nak duduk depan hari ni. tapi kesian abah, tempat hanya disediakan untuk seorang saje. nak tak nak abah kene duduk belakang.
mula-mula majlis pembukaan..para pelajar  memulakan dengan lagu NEGARAKU..lagu GENERASI PRE-SCHOOL dan seterusnya persembahan pakaian...speech oleh owner generasi dan timbalan JKM..
adelah beberapa persembahan dah student2 ni buat, tp ummi masih tak puas hati...ishh tak sabar nak tunggu abang is punya persembahan. hihi....

pertunjukan pakaian beragam

hehe...penantian suatu penyiksaan!! DAN AKHIRNYA...di persembahkan tarian BINTANG CILIK oleh kanak-kanak yg berusia  empat tahun...fuhhh...tiba2 rasa risau..risau persembahan tu rosak sebab anak ummi ni(kejam ummi kan~leh pulak fikir macam tu) sori abang is...sepanjang persembahan abang is, ummi x banyak cakap...menghayati sambil rase risau..tp hati kecil ni agak berbangga, tak sangka abang is boleh menari tanpa sebarang masalah dan yang paling penting, SAMBIL SENYUM...!! siapa sangkakan? budak yang agak ganas ni leh menari...siap gelek lagi..


sebelum ni just dengar anak teman ni pernah dapat EXCELLENT AWARD utk heronya...sekali tahun ni sufi pun dapat anugerah yang sama dan anak teman ni pun still dapat anugerah tu...ummi pun appreciate award tu..walaupun sebenarnya sufi tak tahu apa-apa pun..caya la bebudak dua orang nih...


lepas persembahan abang is, cikgu kelas abang is ada bagitau suruh tunggu dulu. sebab abang is ada terima satu lagi hadiah. tapi abah dan ummi memang tak tahu..cikgunya tak bagitau..nak suprise la katakan...
ok la..kami tunggu je la..
rupa-rupanya abang is dapat NO 3 EXAM AKHIR TAHUN...terkejut jugak kami..biar betul (sebabnya lepas exam, kami lansung tak tanya keputusan exam abang is..TAKUT. lagi pun cikgu pun tak ada cakap ape-ape..risau nak tanya yela kalau-kalau cikgu cakap result abang is teruk..ummi dengan abah berserah je..kalu ade rezeki, alhamdullilah...) dan alhamdullilah..rezeki abang is dapat no 3...ok la 4 bulan belajar sekolah tu, ade la hasilnya....SYUKRAN YA ALLAH..atas penghargaan yang KAU berikan..amin..dan terimakasih pada cikgu-cikgu yang mengajar abang is (walaupun sebenarnya cikgu-cikgu ni tak tahu pun kewujudan blog ni..huhu)

majlis konsert berakhir dalam pukul 6.30petang, dan kami sekeluarga  mengambil peluang ambil gambar sekuarga dihadapan dewan..hingga la kedengaran azan maghrib baru la kami pulang dalam yang amat penat tetapi berbaloi-baloi....nasib baik anak-anak ummi ni tak meragam sepanjang majlis ni berlansung...sufi pun baik je (ceh..leh pulak puji anak sendiri)..sayang anak-anak ummi...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...