Pages

Sunday, March 20, 2011

selamat...tapi...

assalam.....hehehe hari jumaat yang hari ummi ambil anak anak dari tadika dan taska, memang la selamat, tapi banyak betul la cabarannya...nak menangis pun ada juga.
oklah..meh ummi nak ceritakan detik-detik cemas yang ummi ALAMI..huhu
dari ofis, ummi keluar pukul 6.30petang. agak lewat...memang ummi budget nak keluar time-time ni sebabnya dalam fikiran ummi ni mesti kereta dah tak banyak kat jalan. dan kononnya dalam masa setengah jam, ummi boleh sampai kat TADIKA ABANG IS kat presint 9. ku sangkakan panas berpanjangan rupanya gerimis yang mengundang. sekali kereta ummi kena block (padahal hujung bontot kereta je yang diblocknye). punya la lama ummi tunggu kereta tu keluar kereta, tak keluar..keluar juga. nasib baik la kereta sebelah tepi ummi ni keluar, boleh la ummi buat "U" turn.
 alih-alih pukul 7.15malam baru sampai kat tadika abang is. apalagi abang is dah balik ke rumah cikgu tadikanya. tapi persoalannya KAT MANA RUMAH cikgu tu? memang la ummi pernah ikut abah pergi ambil..tapi ummi tak ingat..tambah pula kalau ummi dah panik macam ni..ayoyo..macamana ni? dah la telefon habis bateri nak kena tukar sim card dalam telefon satu lagi...aduyai...berserabutnya.
dah dapat tukar sim card, telefon abah tak berangkat pulak (dah nak nangis dah). akhir sekali baru telefon cikgu abang is (kononnya tak mau telefon cikgu sebab malu..huhu). nasib baik la cikgunya angkat...siap cakap 
"apalah akak ni...macamana boleh lupa"
hehe..nak buat macamana..? 
ummi pun pergi la cari rumah cikgu abang is...tersesat la juga nak cari lorong rumah..akhirnya sampai...ALHAMDULILLAH..
dah settle satu hal, tinggal satu lagi ni...SUFI...ummi keluarla sambil bawa kereta 40-60km/j ..hahaha sambil berhati hati keluar simpang...alhamdulillah akhirnya sampai la kat TASKA SUFI pula kat presint 8. dari taska presint 8 tul okey la..sebab dah biasa ambil budak-budak n dulu-dulu..
sedar tak sedar pukul 8.15mlm baru la sampai kat rumah kami kat PRESINT 14... walaupun dah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan...ummi bersyukur sebab kami sekeluarga selamat sampai. tapi malam tu memang penat sangat...nasib baik la ummi dah siap belikan abang is nasi goreng kat offi ce petang tadi..tinggal nak hidang je..
alhamdulillah...

dah gelap baru ambil sufi ~ abang is yang tangkap gambar sementara tunggu ummi ambik sufi

abang is dan sufi yang dah letih..

~wassalam~

Thursday, March 17, 2011

kereta vs ummi

assalam....salam jumaat lagi.. alhamdulillah akhirnya selamat sampai juga kat office hari ni. hari ni ummi terpaksa bawa kereta sendiri ke office sebab abah kena ke negeri sembilan (aktiviti bola sepak). pagi ni abah hantar anak-anak, sementara tu ummi pergi sendiri dgn kereta lg satu, petang nanti baru ummi ambil anak-anak.. hanya tuhan je tahu betapa takutnya ummi bila drive sendiri. ni semua gara-gara dua tahun lepas accident kat kemaman...masa on the way balik kampung. nasib baik la barang-barang gubahan hantaran kakak terselamat (kebetulan ummi barang hantaran kakak nak kahwin)

ummi biasanya bawa kereta hari sabtu je (pergi o.t), maklumlah jalan kat putrajaya kan lenggang hari-hari minggu...tu pun dari rumah ke office saja. lain-lain tempat, sorry la..memang tak ada keberanian lagi...tak tahu la sampai bila macam ni. 
pada hal dulu, dari marang ke kemaman. dari kemaman ke besut, okay je (walaupun x bawa la keluar dari Terengganu). 130km/j ok aje..sekarang, 60km/j pun dah PERASAN laju.
abah pun dah banyak kali suruh ummi "traning" bawa kereta, pernah la ummi bawa sebelum nie..sekali...hah 'tercium' dinding parking la pulak...pecah bumper depan.takutnya nak mengadap abah. nasib baik la abah stay cool lagi.
agaknya ummi dah lemah semangat la nak bawa kereta ni..
tapi ummi akan cuba sedaya upaya akan bawa lagi..
 YA ALLAH...PULIH LA SEMANGAT KU...

accident masa on the way balik kampung

hantaran yang terselamat

abah dan anak-anak yang terpaksa pergi ke office dan taska tanpa ibu pagi tadi

~wassalam~

Wednesday, March 16, 2011

1st GA - SayA NaK bRoOcH tUh!!!!!!

last minute ....baru ummi tergerak hati teringin nak join contest yang dianjurkan oleh blog sakila's craft.
sempena juga 1st GA yang dianjurkan oleh sakila's craft
dan sempana JULUNG KALI PENYERTAAN ummi dalam acara GA, harapnya...adalah HARAPAN untuk mendapat bRoOcH tUh!!!!!!
inilah banner yang dari blog TUAN TANAH dari sakila's craft


k...utk pertama kalinya, saya nak tag

cik puan yafizah

hehe...jom kita sama-sama join GA ni ye
good luck untuk semua 
participants
~wassalam~

casing BARU..

 16 Mac 2011 (Rabu)



Cantik tak? hah ni la casing baru untuk telefon kesayangan ummi (telefon hadiah dari abah). selepas dua kali beli casing yang berkulit tu...yang tu tahan dua hari je selepas menjalani accident angkara perbuatan ummi yang cuai.. semoga casing baru ni boleh la tahan jangka hayatnye...
casing ni ummi baru dapat pagi tadi. di hantar by hand oleh tuan punya bisnes...
harganya?? sangat berpatutan...RM7.00 je...
kalau siapa-siapa yang berminat, leh la klik kat bawah ni...

wah..kena minta komisen ni...hahaha. 

yang ummi punya yang ada tulis
CDA
je tau..yang lagi satu tu officemate ummi punya..

k...la itu saje cerita ummi untuk hari ini...
selamat menghayati....

~wassalam~

Tuesday, March 15, 2011

kami di klinik

14 Mac 2011 (ISNIN)

hari ni kami ke klinik untuk checkup sufi...untuk sepuluh bulan (kejap je rasenya....sedar-sedar dah sepuluh bulan) alang-alang ke klinik...kami ambil la peluang ni bawa abang is ke klinik. abang is baru je start batuk dan selesema...jadinya sebelum makin larat, kami bawalah check sekali..
dari awal lagi abang is dah cakap, "abang is nak ambil ubat je, abang is tak mahu kene check doktor"..huhu..macamana tu...??
sebabkan ummi dan abah tak mahu tunggu terlalu lama (maklumla kalau dah pergi klinik kerajaan ni...), kami bahagi-bahagikan tugas..abang is jumpa doktor dengan abah, ummi bawa sufi...
okay la..sufi kali ni cuma perlu timbang berat dan ukur tinggi je...
berat sufi hari ni....7.5kg (100g je naik dari dua bulan lepas) dan tinggi nya pulak 70cm (tak bertambah pun..huhu)..
okay la..ummi dengan sufi dah siap checkup..tak sampai pun setengah jam pun..tunggu la abang is dan abah pulak...lama la juga. akhirnya datang la abah dengan abang is yang mata baru je lepas nangis..rupa-rupanya abang is nangis tak mahu kena sedut gas bagi cairkan kahak...pujuk punya pujuk tak jalan..akhirnya abah dan doktor pun redha je la..bg ubat je la. nasib baik la abang is jenis yang tak ada masalah untuk makan ubat...melepak la kejap kat klinik sementara tunggu hujan berhenti..
dah boleh keluar dari klinnik..kami terus je gerak.sebelum  balik, abah bawa la abang is makan malam terus (boleh la ummi relaks sikit malam ni.....) sementara tu ummi dan sufi tunggu kat kereta..malas pulak rasanya ummi nak keluar...tak apa la..layan budak kecil ni kat kereta jela..
dah settle makan, terus je kami balik ke rumah...
Masa untuk berehat kat rumah la pulak…

tiga beranak di klinik sementara tunggu hujan berhenti untuk balik


~wassalam~


langkah-langkah awal sufi...

11 Mac 2011(Jumaat)

alhamdullillah...masih bernafas hingga ke hari ini.
hari ni abah terpaksa bercuti..sufi demam..pagi tadi pun baru je balik dari klinik. tak tinggi demamnye..37.2oC. batuk dia pun masih okay kata doktor tu..paru-paru dia okay, kahak pun tak ada. ummi terpaksa la kerja sebab ummi dah cuti hari selasa.
malam tu masa tengah berlenang lenang...
tetiba abah CUIT ummi...sekali pandang, hah..sufi dah berjalan tanpa apa-apa bantuan. tap tap tap tap....huh..dah empat langkah. berhenti kejap. pastu ummi panggil dia pun tergedek-gedek..datang. empat lagi. entah la tiba-tiba je rasa sebak je...bukan tak ada pengalaman pun sebelum ni.. cuma entah la..macam tak percaya.
sebelum tu....petang kat ofis tadi abah dah telefon, "sufi tumbuh gigi lagi la ummi..dua batang kat tengah bahagian atas.." laaa..patutla anak ummi ni demam sangat (tapi demam dia tak tinggi sangat..cuma demam main-main).
 
RUPA-RUPANYA DEMAM NAK BERJALAN & NAK TUMBUH GIGI
 


abang is pun beria suruh sufi datang berjalan, tapi sufi dah tak mau berjalan da...malas da...tunggu la nanti kalau sufi dah betul-betul berani jalan..tak payah abang is panggil memang melekat je kat abang is...sekarang pun dah mengekor je mana abang is pergi sambil merangkak...
kita tunggu je la abang is...
ummi dan abah pun dah tak sabar....
semoga anak ummi dapat berjalan dengan baik tak lama lagi. tapi jangan naught naughty tau.. nanti penat abah dengan ummi..kesian jugak abang is kena kejar nanti...


klinik kesihatan yang baru dibuka di Presint 3
on the way ke klinik...sempat tengok belon panas yang baru nak dipasang kat presint 2

~wassalam~

HAPPY BIRTHDAY ABAH...

7 March 2011 (Isnin)

5 Mac 2010....Happy birthday abah. tahun ni ummi betul-betul tak sempat nak buat apa-apa sambutan. yang pasti ummi just sempat buat kad birtday hasil dari tangan ummi sendiri. ilmu yang ummi dapat dari kelas Adobe Photoshop..walaupun sebenarnya banyak cacat celanya.
malam sehari sebelum birthday tu..kami keluar sementara tunggu abah ke kedai PAK MYDIN, ummi dan sufi pergi la kedai gambar. Print dan masukkan dalam frame. sementara tunggu siap, tetiba je abang is dengan abah sampai. apalagi, dah siap terus je ummi suruh abang is bagi kat abah siap ucap lagi...
happy birthday abah…..
abah pulak tersipu-sipu la...malu-malu kucing la katakan....
apa-apa pun anak-anak dan ummi nak abah tahu yang....
we loves you…
dan dengan ucapan..

semoga sihat selalu..semoga hidup di rahmati Allah swt..dan segala yang baik-baik semuanya
insyaAllah
HAPPY BIRTHDAY
~wassalam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...