Pages

Monday, October 25, 2010

RENDAH DIRI @ TERLAMPAU SENSITIF??

kekadang terasa diri ini tak dihargai...kenapa? terlalu slow sangat ke aku ni? lembab sangat ke aku? teruk sangat ke aku? entahlah....tapi hati ni selalu merasa macam tu....
kadang-kadang terasa, apa yang telah kite buat tak dihargai lansung...kadang-kadang terasa, kalau aku tak ada pun..orang tak kisah....BENCI!!!! TAK SUKA!!! buah-buah fikiran yang macam ni la yang menyebabkan aku betul-betul DOWN...selalu dibanding-bandingkan...di regu-regukan....PENAT LA...
wahai hati kecilku..."tenangkan dirimu..cekalkanlah peribadimu..jangan biarkan dirimu dimain-mainkan dan tabah lah dirimu" 
kenapa boleh terfikir benda-benda yang macamana tu? kerna aku seorang yang TERLALU sensitif ke? hwa hwa...tak tahu...syahdu bila fikir benda-benda tu...tak mahu fikir!!!!

"ya ALLAH...berilah hambamu ini kekuatan mengharungi hari-hari mendatang..bagi membahagiakan hidup suamiku, anak-anakku dan diriku sendiri...amin ya rabbal alamin.."

Friday, October 15, 2010

hukum meleteri SUAMI....

"Abang ni balik je kerja, taknak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikit pun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang di minta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengena ihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya. Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberatmana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar,  kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik  daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata;  mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAH

UNTUK MR HUBBY..AMPUN DAN MAAF DINDA MOHON DR HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI, UMMI TAHU..UMMI DAH TERLALU BANYAK MENDUKACITAKAN ABANG... INSYAALLAH UMMI AKAN SENTIASA BERINGAT BILA RASA MARAH..*ummi hanya insan yg lemah dan kerdil....maafkanlah ummi...*

Thursday, October 14, 2010

tak ade MOOD..

apasal bangun je tido terus rasa malas nak g keje nih?? hari ni just 4 fail je siap..sori ye PN BOSS.. tak boleh buat kerja...jiwa kacau. 
bangun tido tadi cuba la pam susu..tapi just dapat 2oz je..lagi tak ade mood...banyak nye nak kene fikir. macamana nak misi nak berjaya ni? sebulan lebih lagi nie..huh..tension la bila di pikir-pikir..tak mahu pikir, kene pikir jugak. tengahari tadi pam pun just dapat 4oz. nak kene pikir anak, susu, nak bantu suami menaiktaraf ekonomi, pikir rumah tangga lagi...kadang-kadang penat nak pikir..tapi sebagai manusia yang normal, semua ni adalah lumrah..nak tak nak kene ambil hal.
INSYAALLAH...suatu hari Allah akan mempermudahkan segala urusan ku dan mr hubby. esok susu sufi ada 3botol je..uhuk..macamana??? pada hal sufi minum susu 3 hingga 4 botol sehari...tu la esok ingat tengahari nak pergi ke taska sufi nak bagi susu direct...TERPAKSALA...ummi belum sedia lagi nak bagi FM sebenarnya....
semalam abang is exam...balik kerja semalam bila tanya.."abang is boleh buat.."ummi tanyala cikgu suruh tulis apa? "BISMILLAH la ummi.."hah? macamana agaknya abang is buat...
huhu tengok la kalau sempat, balik karang nak tanya cikgu macamana prestasi dia...

Wednesday, October 13, 2010

exam...??

12HB Oktober 2010(selasa)
mesti orang yang baca blog ni tertanya-tanya sejak bila ummi abang is n sufi nie sambung belajar..hehe bukan umminye yang exam tapi ABANG IS...macam tak percaya, budak 4 tahun dah exam. dalam memo dari tadika siap pesan suruh "sila buat persediaan untuk anak-anak anda" PERSEDIAAN? macamana? apa nak sediakan? nak ajar ape kat abang is ni? ummi yang agak blur-blur ni *yelah 1st time anak terlibat dengan exam* ummi tanyala kat cikgu dia.."nak prepare ape ni?" "nak suh bace ape?" "soalan dia macamana nanti?". "agak-agak dia boleh buat ke?" aiyaa..cikgunye pun pening tgk ummi abang is ni...sambil senyum, cikgunya cakap.."x payah kak, biasa-biasa je..tak payah risau...soalan-soalan biasa je" hehe..KESIAN UMMI.
k..nanti ummi cerita lak ape yang telah abang is jawab masa exam...ummi dah pesan kat abang is.."esok periksa kan? abang is kene buat kerja yang cikgu bagi tau..buat sampai habis, kalu cikgu suruh colour..colour betul-betul..jangan sampai terkeluar...jangan koyakkan kertas *pernah ada rekod kertas kerja dia koyak..cikgu dia pun x tau macamana kertas tu boleh koyak* pelik betul..kalu abang is nak hadiah..abang is kene buat betul-betul..nanti cikgu bagi bintang banyak.."abang is pun ye ye mengiakan.."ok abang is wat betul-betul"
GOOD LUCK FOR MY BOY...

Monday, October 11, 2010

ADA BERANI KE??

11HB Oktober 2010(Isnin)
Semalam 10.10.10, banyak orang cuba menyelitkan pelbagai perkara dan agenda bg meng'istimewa'kan tarikh tersebut..ummi dan keluarga just keluar ke PASAR BORONG SELANGOR. tu pun sekadar mencari beberapa barang basah untuk memulakan perniagaan...HAH tu la tajuknye..ADA BERANI KE??hehe
sebelum bercerita tentang bisnes yang akan di jalankan..meh nak cerita tentang kejadian yg telah menyebabkan ke"macho"an abang is tercalar...ade ke patut sedang asyik ummi duk mencari ikan-ikan yang segar yang berpatutan harganya..abang is berlari-lari lak kat tempat macam tu. dahla semua ikan, sotong, ketam udang dia nak pegang..fuhh pening kepala ummi dan abah. tp tak pe la..perkembangan YG SIHAT..ye ke? tup tup tengah-tengah dia berlari, ada la sorang brother tu tegur.."licin tu..." ummi pun ape lagi terus terjerit.."LICIN......!!!!!" pusing je belakang..hah sekali gedebush..........*tul ke ejaan?* ....hah dah selamat pun abang is kat lantai.
dah la hanyir..busuk...adoi la...ummi x cakap pepe..abahnye ade sikit membebel. geram ade, nak marah ada..kelakar pun ade. Tu ummi punya feeling, abang is punya feeling x tau la macamana..muka abang is dah merah padam, ada riak nak nangis *tapi dah ada perasaaan malu nak nangis depan org-dah besar la katanye* segala mimik muka ada..aduhai kesiannya anak ummi..tula sape suruh tak dengar cakap abah n ummi..dan FINALLY terpaksa la abah n ummi beli baju sepasang utk abang is..nasib baik ada orang niaga baju kat situ..
ok nak cerita ada berani ke pulak..sebenarnya tujuan kami sefamili ke pasar borong selangor tu sebenarnya nak beli ikan TONGKOL..untuk ape? hehe..sebenarnya ummi nak try jual nasi dagang..haha..macam tak percayakan??(sebenarnya bukan meniaga sendiri pun..just hantar kat kedai orang) baru cube sekali terus nak cuba berniaga..entah la..sekarang ini perasaan membuak-buak nak meniaga. nak menolong mr hubby menaiktarafkan ekonomi kami sekeluarga..ok gambar akan di upload kemudian..hehe.
kul 3pagi ummi dah bangun..yela 1st time nak niaga..SEMANGAT tu penting!! hahaha sebenarnya sebelum2 ni ummi pernah dah berniaga. masa belum pregnant abang is dulu pernah jaul karipap, cekodok pisang, donut. lepas tu dah dapat abang is, try meniaga laksam. tp terpaksa dihentikan sebab2 tertentu..sekarang ni ummi nak cuba berniaga nasi dagang pulak..dan ummi rasa nasi dagang ummi dah makin elok dari percubaan pertama hari tu..TAHNIAH UMMI..


k..nantikan cerita-cerita ummi pulak lepas ni..

Saturday, October 9, 2010

SUFI MENIARAP...ABANG IS PEMALU???

8HB September 2010(JUMAAT)

semalam (7hb-Khamis) lepas balik kerja..ummi pun letak la sufi kat katil..keluar g dapur jap, masuk semula ke bilik..tengok macam sufi nak pusing kan badan. ingat kan macam biasa la. ye la sebelum ni sufi just pusing se[aruh badan je. macam nak menyusu..menyusu sambil baring...ummi duk perhati je..alih alih ummi tengok sufi meniarap. hanya dengan sekali lonjakkan bdan je..RINGAN je macam..huhu
hebat la anak ummi ni..walaupun ramai dah anak rakan-rakan ummi yang seangkatan dengan sufi dah meniarap..tp bg ummi anak ummi ni tak la terlewat..4BULAN...ok je..
walaupun sufi masih x pandai nak alih tangan nye ke depan..insyaAllah..ummi percaya anak ummi boleh buat dalam beberapa hari je lagi. sufi mesti TEKAD macam abang is tau..abang is dulu kalu nak dapat apa-apa..dapat berdiri, nak dapat kaki ke (berjalan), nak berpisah dgn puting, nak stop pakai pampers...sekali je dia boleh buat...mesti dia tekad terus buat...macam sekarang cikgu abang is cakap kat sekolah dia x mau minum susu..sebab malu kat kawan-kawan. jadinya hanya kat rumah je abang is minum susu. HOPE ABANG IS KENTAL SAMPAI BILA2 TAU.. 
UMMI SAYANG BOTH OF YOU TAU!!!!

balik dari kerja tadi (jumaat) pergi ambil putera n puteriku..saje bersembang dengan Cikgu Abang is. saja nak tanya perkembangan abang is..Alhamdulillah.. kata cikgunya, dari segi pelajaran abang is ok dan cepat juga catchup..doa2 dia dah hafal, abjad dia dah kenal dan sekarang ni cikgu tengah mengajar membaca dua suku kata..setakat yang ummi tau..kalu kat umah mmg abang is selalu menghafal doa2 dan surah2 pendek...*walaupun kadang2 tu dalam washroom*. okla x la takut sangat ummi dengar..tapi yang merisaukan ummi, abang is PEMALU...macamana ni abang is? brutal tapi pemalu...cikgu abang is cakap, kalu tengah nyanyi atau baca doa..kalau suruh je dia baca kuat sikit, terus dia diam sampai kesudah..huhu. seminggu sebelum tu 30hb Sept 2010 tadika dia ada buat lawatan ke AQUARIA KLCC and PAMERAN MAMALIA DI PRESINT 15 *padahal sejengkal je dari rumah,tp ummi dan abah tak pernah bawak pun*..bergabung la dengan tadika presint 9, tp cikgu dia cakap..setiap kali cikgu ajak bergambar dengan student tadika sana, mesti dia x nak join.MALU..
jadinya kat dalam kereta, ummi dan abah puaslah memberi nasihat dan tazkirah buat my hensem boy ni...
dia siap cakap.."mana ada abang is malu" yela abang is..ummi dgn abah tanya la jugak..kenapa abang is x nak tangkap gambar dengan kawan-kawan baru..dia cakap "abang is dah tangkap banyak gambar...penat" huhu boleh pulak macam tu..
nanti ummi nak cuba mintak softcopy gambar lawatan diorang..x sabar ummi nak tengok keletah diorang..oh ya kalau x silap..student yang pergi tu umur antara 3 - 5 tahun..macamana agaknya cikgu mengawal budak-budak nikan?
tak pe la..ummi dan abah akan slow-slow cakap dengan abang is supaya x jadi PEMALU lagi...
TAWAKAL...........
abang is je yg x de baju uniform...nak buat macamana..masuk taska dah hujung2 tahun
dengan CIKGU NURUL
yeahh....
suke bila abang is bergaya..
KFC? mcmn la agaknya abang is makan tanpa ummi n abah kat sane..
dapat goodies..seronok, tp isinya cermin (sesuai utk budak pompuan)
cam same besar dengan cikgu je..hehe
kene pegang, mesti nakal anak ummi ni..
abang is memang suke bergaya..

Friday, October 8, 2010

KUNJUNGAN HARI RAYA DARI OFFICEMATE MR HUBBY

23HB September 2010 (khamis)
hari ni kunjungan  hari raya dari teman-teman ofis mr hubby. Pada mulanya agak gelabah sebab diaorg nk datang hari RABU. Petang rabu bagitau..malam nak datang, mahu tak menggelabah TUAN RUMAH..Nasib baik tak jadi..jadinye sempat la kami mencari barang untuk memasak untuk esok. selepas puas fikir..akhirnya kami membuat keputusan untuk menjamu mereka dengan menu

 a) laksa bersama kuah puteh (versi Terengganu)
b) nasi himpit bersama kuah kacang

walaupun menu tu LEBIH KURANG..tp disebbkan masak seorg diri sambil dibantu mr.hubby...masakkan itu agak mengerikan..tp alhamdullilah saye berjaya siapkan juga..
pagi tu saya terjaya kul 3 PAGI..terus je masak kuah kacang, kacangnye saye dah siap2 goreng pada malam itu. jadinya keje tak la banyak sangat pagi tu. dah tu saya potong la daun daun untuk dijadikan ulam. masak nasi himpit..
akhirnya jam 6pagi..siapla semua kerja-kerja memasak..dengan bantuan mr hubby yg tolong iron kan baju pagi tu...HUHU 
terima kasih mr hubby..!!

 dan inilah hasilnya

selamat menjamu selera

NASI DAGANG O NASI DAGANG

26HB September 2010 (AHAD)

dah lama benor rasenya nak buat nasi dagang...lambang makanan NEGERI TERENGGANU..ceh ceh.. kepok lekor, nk letak mana? hahaha
akhirnya niat di hati tercapai jugak akhirnya. walaupun berulang kali terpaksa menelefon ke kampung untuk bertanya resepi nasi dagang dan gulai ikan tongkol..
suke sangat sebb berjaya memasak nasi dagang dan kuah gulai ikan tongkol..rasenya dah lengkap dan sempurna sebagai anak jati terengganu..hahaha..ye ke?
meh nak citer rentetan-rentetan bagaimana leh siapkan nasi dagang tu..
malam tu ingat nak la rendam beras sebelum tido...tapi bila si kecil tu merenggek nkkan susu..sambil bg susu saye pun tertido..nasib baikla saya terjaga dengan sendirinya jam 3pagi..agaknya sebab memang teringin bebenor nak buat nasi dagang..jdnye secara automatik leh pulak terjaga..huhu

ikan tongkol dah siap dicuci semalam lg, jadinya pg ni just kukus sahaja..dalam kul 7pagi, mr hubby tolong belikan santan...secara keseluruhan  sesi memasak pun bermula jam 8.30pg. dalam kul 10 pagi, siapla masakkan saya..huh agak cepat jugak...haha


kali ni kami breakfast bersama pojie, pijot, pejoi n jue..HAHA..sebab banyak jugak nasi yg saya masak. sekaligus menjadi hakim penilai...
anyway tq to mr hubby sebb sanggup melayan kerenah saya utk mencari bahan-bahan untuk memasak..walaupun nasinya x secantik dan sesedap yang BONDA masak kat kampung, saya tetap BERPUASHATI...

 Nasi Dagang
 
Gulai Ikan Tongkol

Acar Timun

Complete set..

 
sedia utk dimakan

Thursday, October 7, 2010

GENG OFIS DATANG BERAYA

30HB Oktober 2010 (KHAMIS)

Hari ni geng2 ofis nak datang beraya. erm nak masak ape? hehe..akhirnya nasi minyak, acar timun, ayam masak merah and daging masak kurma (versi terengganu)..huhu
malam tu kami sekeluarga keluar dr rumah lepas maghrib pergi ke ECONSAVE alam damai, cheras..tempat feberetku huhu.. walaupun pasaraya tu kecik dan tak eksklusif..tapi tetap menjadI PUJAAN HATIKU..barang2 segarnya bagi ku 1st class..ceh.
kul 3pg dah bangun...masak kan daging kurma, takut x sempat empuk...kul 6 dah settle. pagi tu pergi kerja agak mengantuk..hehe sib baik dapat boss yang sporting..kul 2petang, ummi abang is dan sufi ni dah cabut...HAHAHA
ingatkan nak la masak mee goreng 1 kuali, tp rasenye terlalu mengantuk dan sakit pinggang...sori la kekawan, x dapat nak masak lebih.. jdnya menu nya hanya nasi minyak dah lauk pauknya. bersama cocktail n biskut raya n air sunquick..
 semoga teman-teman berpuas hati atas masakan dan layanan tuan rumah..kalu ada yang tersilap, terkurang..saya minta maaf...

nasi minyak
 menu hari ini..

 antara teman2 yg datang

 tuan rumah dan kengkawan

 budak-budak bujang

 sweet couple..n husband ofismate
 tuan rumah dgn teman2 lagi..

Wednesday, October 6, 2010

HAMPEH....

7HB Oktober 2010(Khamis)

Aduhai...x leh buka blog la kat ofis. agaknya sebab nama blog ni kot. Ye la HariHariCinta..agaknya semua perkataan CINTA, KASIH, BREASTfeed..semuanya diblock agaknya..tension la...

nak berkarya kat ofis pun x dapat..yela mana tau tetiba idea datang time tu..kat umah dah confirm kena konker dgn abang is..asyik nak tgk YOU TUBE ultraman je. Cosmos la, Gaia la tah apa-apa lagi la..sabo je la terbatas betul..x pe la yang penting..InsyaAllah saya akan sentiasa meng'update blog saya ni...
nk citer sikit la ..sebenarnya dah 3hr abang is bangun tido dan x buat perangai. alih-alih hari ni leh pulak dia wat perangai. ingat kan minggu ni rekod bersih..HAMPEH jugak....
dah bangun..nak minum susu, dah bg susu, nak busuk pulak..(busuk = buang air besar) dah siap busuk, nak makan pulak...dah siap makan, baru la nak mandi..ADUYAI...

AKHIRNYA...lambatla ummi dan abah masuk ofis..TENSION!!!!

tawakal la...sabo............. macamana la agaknya mak kat kampung nk besarkan kami 10 beradik ni. mesti macam2 kerenah..TABIK LA TOK CHEK..

Monday, October 4, 2010

seBULAN ++ lagi!!!

2 minggu lagi genap SUFI lima bulan...leganya hati bila niat untuk memberi susu secara ekslusif pada sufi berjaya..kini aku dah berjaya memberi susu badan selam 4bln++. untuk stage pertama ni, saya hanya mentargetkan untuk memberi susu badan sepenuhnya selama 6bln sahaja..bukan x nak lama lagi..cuma takut keCIwa..jadinya hanya menyasarkan 6bln DAHULU..azam saya, lepas complete 6bln, barula saya mentargetkan pula selama setahun...ni saya x tau lau la berjaya atau tidak..sbb kalu diikutkan sekarang pengeluaran susu agak menurun..TENSION dan TUNTUTAN KERJA yg melampau agaknya di ofis..

teringat masa zaman2 menyusukan abang is..dulu BREASTFEEDING x la terlalu di promosikan sangat. tambahan pula saya hanya bekerja dgn beberapa staff di ofis. *diaorg pun x fully BF* jadinya saya pun x la heran sangat. pengetahuan tentang BF agak terbatas, menyebabkan abang is hanya menyusu badan selama beberapa bulan sahaja. tu pun saya dah campur dgn FM(formula milk). SORI SANGAT ABANG IS!!  ummi x tau sgt pasal BF ni masa tu..kesian kat abang is kan?? kalu abang is dah tau baca n masuk blog ummi.. ummi MINTAK MAAF sebab x bagi full BF kat abang is..kalau la masa boleh di pusing semula, ummi mesti pun berazam nak BF je kat abang is...

terima kasih juga pada teman yang telah menyedarkan saya tentang kebaikkan susu ibu ni...nasib baik saya sempat kenal sebelum saya selamat melahirkan sufi...THANKS PUAN YAFIZAH.. N MR HUBBY yg menyokong niat saya ni

walaupun belanja untuk menjayakan azam saya ni agak banyak..saya cuba.."apakan daya gaji saya dan mr hubby sebenarnya cukup2 makan sahaja" YA ALLAH..TAMBAHKANLAH REZEKI DAN NIKMATMU KEPADA KAMI SEKELUARGA

caiyok caiyok...semoga azam saya berjaya dalam masa sebulan lebih ini...
INSYALLAH.. 

Friday, October 1, 2010

CERITA LAMA yg nak diceritakan lagi...

4HB 7 2010 (ahad)
Hari ni dh 7 hari sufi x buang air besar, slps mendgr nasihat ibu di kampong..kami pun pegi kat darussyifa’ kat bangi. Kami sengaja pegi lewat, hampir seblm rehat (kononnya org dh x ramai..) sekali kene tunggu 30++ lg. Dh bbincang dgn mr hubby, kami pun mengambil keputusan utk balik sj..
oh ye sblm tu kami da pergi kat klinik KITA kat cheras..dia cakap perut dia x de masalah..cuma sekarang nie dia hanya mengalami simpton usus malas bekerja **macam pelik, tapi itula hakikatnye..**


5HB 7 2010 (isnin)
Hari ni abah sengaja ambik cuti..semata2 nk hantar abang is g sekolah. Dh tau mesti lg liat sbb dh cuti sabtu ahad. Memang betul pun.. Pujuk punya pujuk, akhirnya masuk la ke kelas dia..dh lewat dh masa tu..x pela asal dia pegi sekolah jugak.. kami kena kuatkan semangat. Kalau x, mesti dia x nk bersekolah lg..SABAR2 *pesanan buat ibu2..yg tukar2 sekolah selalu..huhu
Abah ambik kami, terus ke kajang..nk pegi kat sorang ustaz yg biasa rawat budak. Sekali tutup...kami pun makan tghr, pastu terus ke darussyifa’.. kali ni, juz kena tunggu 3 org saje...
Ustaz yg tgk sufi ckp, sufi ok..dia juz buat air utk disapu di perut dan bg ummi yg minum..(ummi yg kena minum plak..sbb sufi masih menyusu badan) dah selesai kat situ...kami bergegas la kat klinik JAMEATON kat seri kembangan. Mcm kat klinik KITA jgk, doc ckp usus sufi mengalami sindrom USUS MALAS. x tau la plak ada sindrom mcm tu. Kata doc tu lg, usus sufi lom matang utk membuat kerja..huuhu.mcm2..doc tu mskkan ubat kat bontot sufi. Tunggu 2-3min, sufi pun melepas..lega ummi n abah n doc tu sekali..doc tu pun tunggu sbb dia nk tgk najis sufi mcmn..ok katenye..
Oh ya..doc tu excited jgk, sbb masa pregnt,ummi dh scan dgn doc tu byk kali.. “oh ni baby yang saya duk scan hari tu ye”. Tu la kata2 doc tu bila kami mula menjengah ke biliknye..
Dh settle kat klinik, abah hantar kami dulu..sebb takut sufi x selesa..baru la abah ambik abang is.


6hb 7 2010
Abang is dh dpt uniform. Bukan main excited dia, bukak je pintu umah terus berlari..’ummi, ummi tgk ni..abang is dh ada bj school..’
Pas aku bg dia try, dh jahit bawah kaki seluarnya..(labuh sbb saiz utk seluar ty sbnrnya utk org yg besar & tinggi)..aku terus basuh. Jemur. Dah kering, terus iron...
Punya la semangat ummi dia sbb nk suruh nye pegi sekolah...
tadaa..inilah abang is dan uniformnye..comelkan??

7hb 7 2010
Alahai ingat kan dh dapat bj sekolah..rajin la nk g sekolah...tp sama jgk!! Jenuh kami kejutkan dia.. mcm biasa, mcm2 alasan yg dia bg. Ngantuk la, abang is nk tido lg la..x nk g school la, bosan kat school la...pening2 kepala ummi dgn abah..
Pujuk punya pujuk, akhirnya bgn la abg is.. nk mandi...(dh menangis pun sbnrnya)
Dh selesai 1 babak kat umah, kat sekolah lum lg..

10hb 7 2010 (sabtu)
Majlis cukur jambul utk sufi
Sblm majlis tu, sufi di sunatkan..ummi x sampai hati tgk..walaupun sufi menangis kejap je..
ingat kan majlisnya lepas zohor..rupanya pukul 2.45ptg baru mula..sblm cukur jambul, mereka marhaban, berzanji..lama la jgk..dkt asar baru la sufi di potong rambutnya..

 
rambut sufi di potong oleh nenek2..


majlis berendoi...ni kampung sane punye stail

12hb 7 2010 (isnin)
Abang is minta ummi kota kan janji. Ummi ada janji nak belikan beg sekolah ultraman..huhu..sape suh janji?? Sbnrnye kami dh survey cr beg sekolah tu, tp x jumpe..akhirnya malam tu, abah bawak abang is cari kat batu 11, cheras. Dia pilih sdr..ok la tu..


14hb 7 2010 (rabu)
Ummi terjaga kul 1pg bila sufi merenggek nk susu..YA ALLAH panasnya badan sufi.. mlm tu mmg ummi rasa badan sufi suam je..igtkan sbb dia bgn tido (dr pengalaman iskandar, kalu dia bgn tido,mmg badan dia sdkt suam). Kejutkan abah minta tlg carikan penyukat suhu..x de! Time ni la dia nk hilang...x tau la da letak kt mane..akibat terlampau sorokkan dari abang is..huhu
Last2 guna yg manual..sbnrnya ummi x brp pandai guna yg ni.. sib baik x tinggi sgt, 37.4oc dan nasib baik ada cool fever utk baby..dh tampal kat dahi dia.. ummi dh x leh tido, risau..layan blog jap.. pg sok plan pas hantar abang is g sekolah, terus nak g klinik..risau gak..yelah baru 56hr da demam..ngeri jgk!!
**malam tu abg is tido dgn beg sekolah dia, ummi dh suh letak kat bawah, x nk**

sufi demam..1st time demam, gelabah abah dan ummi malam tu


20hb 7 2010 (selasa)
Ari ni dh masuk keje..abang is pun happy je pegi sekolah. Ye la ummi dan adiknye awal-awal lg dh bersiap. Hati aku lak sayu bl igatkan nk kena hantar sufi kat taska..maklumla, boleh kata sufi membesar dgn tangan aku sendiri..masa abang is dulu, abahnya dan keluarga yang byk membantu. Dari segi buat susu tengah malam, mandikan pendek kata..semuanyalah. Sekarang sufi memang aku bagi fullbreast feed (hasil ‘dakwah’ dr seorg teman) Baru ku tahu betapa nikmatnya bila memberi susu ibu kepada anakku..terima kasih teman..
Dah la sufi baru je baik dr demam..hati ummi mu ini bercampur baur..tp sebagai yg berpengalaman anak 2, aku tabahkan jugak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...