Dah lama sangat entry terbiar CAMERON HIGHLANDS...hehe..setelah sekian lama ummi nak pergi. walaupun sebelum ni ummi dah pernah pergi beberapa kali, tapi tetap tak sama bila dapat pergi bersama suami dan anak-anak
lagi pun sebenarnya dah lama hasrat ummi nak pergi ke sana..hasrat hati ummi masa lepas kahwin hari tu..tapi entah la kenapa boleh tak jadi. sekarang bila dah dapat pergi, terasa LEGA yang teramat sangat..eee tak tahu la nak explain kan macamana..bak kata orang, HAJAT DAH TERCAPAI..ibarat mengidam jugak lah kan? hehehe..
thank you untuk abah yang sponsor untuk percutian keluarga ni ye....kat sane, ummi stay kat rumah peranginan persekutuan...hehe jimat kos RM25.00 je semalaman..kan murah yang amat tu..
tak banyak tempat sangat yang ummi pergi tapi yang teringin sangat ummi pergi ialah ladang teh dan jugak nak makan aiskrim strawberi *aiskrim strawberi ni sebenarnya ummi mendengar cerita dari sorg teman yang telah berjaya menyiurkan ummi melalui gambarnya*
kami ke sana just 2 hari 1 malam je..sebenarnya ummi dah booking bilik tu untuk 3 hari 2 malam (dari 3 - 5 Januari 2011). tapi terpaksa di tangguhkan sehari sebab sufi demam...4 hari juga sufi demam..kalau ikutkan kami dah nak cancel kan sahaja percutian ni, tp bila difikirkan semula, dan memandangkan sufi dah sihat, kami teruskan juga percutian ni. TAPI kat sana, sufi tak la 'galak' sangat. tapi alhamdulillah, sufi tak meragam juga.
antara tempat-tempat yang kami pergi ni.
kea farm,
ladang teh bharat,
red strawbery farm,
healthy strawbery farm...mane lagi ye? hehe..kami ke red strawbery farm sebenarnya dua hari berturut-turut..hehe kerana keenakkan dan kelazatan wafernye...hehe..
kat sana sempat lagi ummi belikan topi untuk anak-anaktakut sejuk la kunun...hahaha..
lepas tu baru la kami check in, mandikan sufi dan kami terus gerak cari tempat makan...
hehe..menu tengahari kami ialah...tadaa...
 |
| steamboat time!!!! |
seterusnya kami pergi pulak ke Bharat ~anytime is tea~ hehe..
hehe...lepas tu kami pergi jenjalan kat Red Strawbery Park..
best...sampai dua hari berturut-turut kami pergi..abang is pun suka sangat pergi sini. ye la siap ada mainan..leh la dia main..
 |
| memang dah niat bebenar nak makan bende alah ni...nak tak nak cari sampai jumpe!! |
sebab dah lama sangat dah simpan draf, mood nak menaip pun dah tak de. sekarang mood sekadar menempek dan berkongsi beberapa keping gambar sahaja..
 |
| dua hari berturut-turut kami menikmati wafer dan aiskrim ni!! berbaloi2...hhuhu |
~wassalam~